ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Pantun Tradisi Brunei


Pimping ungat-ungat,
Ungat-ungat di karasik;
Pimping minta pukat,
Matanya mambulasit.

Cuk-cuk surapit,
Surapit daun buluh;
Mangapa tangan takapit,
Bukan aku manyuruh.

Geleng-geleng kucapi,
Babulu talinganya;
Di mana kali mati,
Di ulu martuanya.

Daup-daup papanya,
Tambayangan bakuku;
Mana sudah bapanya,
Mambawa lauk buntu.

Lul-lul mang,
Tarubuk pandai basi;
Lalai manunggu tunang,
Makan bubuk dangan nasi.

++ Nota: Pantun di atas merupakan pantun tradisi berlaras Brunei (ragam Benoni), yang mana ia dicatit oleh Pak cik ku (sepupu bondaku), Awang Matasan bin Pengiran Mahmud. Aku angkat pantun ini sebagai pantun lama yang jarang dibualkan (maklum saja zaman pantun seolah telah lama berkubur?). Demi untuk menyelamatkan khazanah dari dimamah zaman, baik aku abadikan kembali di laman maya (pun akan berakhir jua tapi tak tahu bila) buat tatapan anak bangsa (terutama peranak baru dari susur galur Brunei). Menyusul selepas ini pantun beliau yang seterusnya dalam tajuk yang lain pula. Sekian...

Wassalam.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top