ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Pantun Moden Dalam Laras Brunei IV (Ragam Benoni)

++ Nota: Laras pantun moden diteruskan lagi. Kali ini sekadar mengulang tampal sahaja atau dengan bahasa separuh kasarnya Copy Paste atau lebih memalukan adalah plagiat. Malangnya bagi diriku yang hina ini tiadalah memberi makna barang sedikit pun kerana pantun yang diulang tampal tidak diubah nama asal si pengarang, dan yang terpaling penting, aku mengenali penulisnya; pak cik aku sendiri!


Baiklah barangkali ada baiknya juga diselitkan sedikit glosari bagi memudahkan pembacaan kalian di luar sana (tak perlu banyak) iaitu,
  1. Pajah bermaksud padam (api sebagai contoh terbaik)
  2. Tungap bermaksud telan (menungap buaya sbg contoh)
  3. Bangas bermaksud basi
  4. Cangkir bermaksud terlalu kurus (macam aku?)
Cukuplah setakat itu sahaja. Sekian...(makluman: adapun penggunaan bahasa Brunei ini sebenarnya ada yang saling berkait dengan etnik lain di kepulauan Borneo. sebarang persamaan sewajarnya tiada dipertikai kerana kita bukan orang lain juga)

Pajah api boleh diaga
Turun ka sungai ditungap buaya
Angin ribut dapat disangga
Inikan pula hati marana

Anak damit duduknya supan
Somboi-somboi ranik tangkainya
Aying mailir dapat dipampan
Hati yang rindu apa ubatnya

Duduk batarak di dalam hutan
Anak basinting di atas titi
Luka labang-labang dapat dipantan
Bagaimana pula luka di hati

Ada uras masuk di mata
Kajam-kisap si kalimpanan
Jika sungguh bagai dikata
Hantarkan gambang jadi hantaran

Batangkumus kain palikat
Duduk manumbir di ujung jungkar
Ada ati mau mamikat
Ibarat lampuyang inda barakar

Carmin aplor marakkan api
Andayang pinang buat mainan
Sudahtah cangkir kurus malidi
Ruhong-ruhong manangis ujung pantaran

Sungkai puasa mangual baduk
Manunggu pangantin bargual canang
Kapala badagung batis balingkuk
Taguring tajalumpuk kalau ditandang

Balingkarung makan kalupis
Makan kalupis basapak gulaian
Jangan diharap malintangnya kumis
Bajumpa kalindahau katungkal-tungkalan

Burung kanawai batapok di ranting
Batang kandis dibuat unun
Anak orang jika disunting
Kana sadia manjadi ulun

Kapala disintak ubat mujarab
Karijat-karijat badan manahan
Oranag bujang apa diharap
Jika kaya barangan-angan

Kapanasan barkiap-kiap
Kiap dibuat biut sabalah
Sulap dibuat bilakan siap
Malar barcarita salarah-larah

Luka di batis manganyat-nganyat
Sintakbabut pamarang di tangkin
Jika barangan sapanjang hayat
Sampai kiamat pun jatuh miskin

Siang –malam manjamur kubal
Nasi bangas dibuat sagun
Bagaimana indakan babal
Amun balajar indatah tagun

Sabarakas ranting kandis dahan
Luka badarah suar-suar
Dari abak-abak hati manahan
Aku sanggup manunggu di luar

Oleh: Awang Matasan bin Pengiran Mahmud

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top