ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Pantun Moden Dalam Laras Brunei III (Ragam Benoni)

++ Nota: Sebentar tadi laras pantun moden Brunei II (2). Oleh kerana dalam blog asal pantun ini dipetik tiada tajuk yang khusus, lalu aku sendiri mencampinkan diri mengolah tajuk 'Pantun Moden Dalam Laras Brunei'. Apa sebabnya? Entah, barangkali kerana kata kunci agaknya (yang dimaklumi oleh para pengkaji SEO blogger berjaya masa kini, yang mana aku sendiri pun langsung tak faham, maklum saja aku ini bukannya datang dari golongan yang bijak otaknya). Walaupun entri ini entri cuplikan, namun ia tetap terpelihara kerana si tukang cuplik faham benar akan isinya.Aduh, mudah benar berbahasa Brunei. Benarkah? YA, aku iyakan ia sebenarnya mudah untuk difahami dan dipelajari. Ingin aku berkongsi beberapa perkataan,
  1. Damit membawa maksud kecil
  2. Tunu membawa maksud bakar
  3. Lagau membawa maksud panggil
  4. Andayang membawa maksud pelepah (sama ada kelapa dsb)
  5. Aing @ aying membawa maksud air
  6. Sungkai membawa maksud berbuka (di bulan puasa @ puasa sunat)
Tak perlulah berpanjang-panjang dalam hal makna, yang penting hajat menyimpan data buat tatapan pembaca laman maya tercapai. Semoga ada manfaat untuk entri kali ini. Sekarang masa untuk aku bersiap memanaskan enjin, pulang ke rumah. Insya-Allah, andai hayat masih panjang, akan aku teruskan pada malam ini pula. Bacalah saudara2 sekalian:


Air sapang rasanya bahal
Bakai-bakai manyabarang sungai
Sudah tua balum barakal
Macam anak damit mangalai-ngalai

Tunu andayang sampai marutung
Kalindahau mangumpil barang
Sudahlah nasib inda baruntung
Badan marana dihina orang

Ujan labat ayingnya bangat
Saluruh badan habis marungus
Labu kundur sadap dipangat
Labih sadap ubi barabus

Manjijak padi karbau babalar
Tapih tarlapas kainnya longgar
Orang pintar pantang bakalakar
Jika bakalakar matanya bular

Umpan katupang disambar udang
Tali ambur dihulur ka sungai
Musim puasa jangan tah maradang
Tangah hari sudah tah sungkai

Anak damit balajar marungau
Pangantin mamakai sarimpak
Inda paduli waima dilagau
Puar-pura inda nampak

Batang bamban dibuat kandul
Taruh calapa di dalam saging
Karbau lampuh disangka mandul
Tahu-tahu banyak lah daging

Orang karit tundunnya luak
Mamulihkan barang takut bajaguk
Malihat parangainya aku pun muak
Ikong kuyuk lagikan bengkok

Nasi tambul barisi candas
Apit-apit dimakan agas
Kalau makan jangantah garagas
Amun kabangkalan mambari malas

Oleh: Awang Matasan bin Pengiran Mahmud

++

1 comments :

aleeya husnan said...

lama tak dengar orang sebut sungkai T_T

nak balik sarawak T_T

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top