ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Melayu Mudah Lupa

Melayu sudah ketinggalan
Entah-entah Melayu sudah pun hilang
Masa memang tidak akan menunggu
Adakah Melayu sudah menjadi tunggul
Negara kita Melayu yang punya
Gasaklah orang Melayu, bangunlah…

Memang kau masih lupa
Entah bila kau akan sedar
Lama sudah kita berjuang
Ajal pun semakin tiba
Yang baik hanyalah untuk Melayu
Unggul itu pun hanyalah untuk Melayu

Majulah orang Melayu majulah…
Ungkit kenangan lalu
Dah bertahun kita terkelu
Andainya kita sudah binasa
Hancurlah maruah bangsa

Langkah kita mesti waspada
Usah jadi pengecut…
Perjuangan kita belum selesai
Angkat Melayu bangunkan kembali


Nukilan: Posto

++ Nota: Terima kasih diucapkan istimewa buat saudara Posto kerana sudi berkongsi rasa dalam nukil garapannya, 'Melayu Mudah Lupa'. Memang bermakna sungguh T__*v - AA

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top