ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Manusia dan Dunia


Dan manusia itu tiadakan pernah sadar dengan dosa yang mereka pikul hari-hari sehinggalah mereka dijemput kembali bertemu Rabb Yang Maha Suci.
Ke mana gembala pergi menuai janji,
Kambing-kambing sudah mulai berlagak suci,
dibilang diri mereka itu tiada kesalahan barang sekali,
setiap hari memuji-muji lalu diangkatlah bakul sendiri,
betapa peliknya di hati kita, tidak bagi mereka yang rasa diri seolah wali,
semakin hari semakin mereka memagar janji,
enak-enak mereka mungkiri,
kepada PENDOSA-PENDOSA ini,
sedarlah, dunia kalian semakin mengecil seinci demi seinci
kelak kemudian barulah kalian sadari
bahawa dunia kalian diami tiadalah seindah taman syurga firdausi,
amat-amat jauh sekali...

Oleh: Si Anonymous

** hendak beranjakkah kita dari niat mahu menjadi lebih baik atau mahu kekal di takuk yang sama? Semoga Allah menjauhkan diriku (juga kalian) dari segala fitnah dunia. Kita ini pendosa, dan takkan terlepas dari tidak melakukan dosa, dan hampir setiap saat kita kembali mengucap istighfar, memohon ampun dengan sebenar-benar, itupun andai diri mahu sedar? Eh...

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top