ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Malam Yang Akrab Menemaniku


Malam yang menemaniku.
Kedinginannya merangkulku.
Kesunyiannya bicara rindu.
Kegelapannya rahsiaku.

Malam yang menemaniku.
Rangkulannya meriangkanku.
Rindunya dalam rinduku.
Rahsianya dalam rahsiaku.

Malam yang menemaniku.
Riang aku mengenal kekasih.
Rindu janji dalam berkasih.
Rahsia indah alam berkasih.

Malam yang menemaniku.
Riang kekasih di taman yang nyaman.
Janji diikat kekasihlah teman.
Rahsia indah mencium haruman.

Malam yang menemaniku.
Taman indah dalam hatiku.
Teman setia untuk diriku.
Haruman indah hanya milikku.

Malam yang menemaniku.
Bicara mulia ketika di taman.
Rahsia kekasih jadi panduan.
Menanti janji kasih dengan keyakinan
... akan dikotakan.

Oleh: Kalam Berdarah

** Terima kasih buat Kalam Berdarah atas nukilan rasa ini :)

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top