ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Kontroversinya Interlok: Isu novel yang terperangkap dalam ruang politik sempit


Kontroversinya Interlok

Isu panas bermula dari penggunaan frasa yang dikatakan terlalu sensitif di kalangan masyarakat India di negara ini. Mari kita selidiki kembali beberapa petikan yang diungkapkan oleh beberapa individu ketika turun berdemonstrasi sambil membakar novel Interlok, juga turut membakar sekali gambar penulis novel tersebut di Kelang baru-baru ini (Rujuk Malaysia Kini).

Petikan Pertama,
- "Bagi saya, sebagai orang yang ada pendidikan tinggi tidak terasa apa-apa tetapi di kalangan orang biasa, dia baca rasa tersinggung dan terguris.

- "Kalau begitu perasaan orang India kita perlu menghormati mereka, apa yang mereka minta ialah ia tidak dijadikan buku teks, ia boleh dijual sebagai novel tetapi tidak dibaca di sekolah kerana boleh membentuk pemikiran para pelajar,"

Petikan Kedua,
- "Sistem kasta adalah sejarah yang terlampau menghimpit orang India, jadi kita kena hormati mereka.

- "Terpulang kepada pengarang (Interlok) kalau beliau tidak sanggup mengubah frasa terbabit, itu haknya tetapi menjadi tanggungjawab Kementerian Pelajaran untuk menghormati kaum India,"

Petikan Ketiga,
- "Buku (novel) ini harus diharamkan sama sekali kerana ia digunakan kepada pelajar tingkatan lima sebagai teks wajib, harus dianalisis dan terpaksa lulus dalam peperiksaan Bahasa Malaysia,"

Petikan Keempat,
- "Kaum India tidak tergolong daripada mana-mana kasta, sebaliknya mereka adalah daripada kasta manusia."

Petikan Kelima,
- "Kaum India tidak tergolong daripada mana-mana kasta, sebaliknya mereka adalah daripada kasta manusia."

Apakah Benar Sistem Kasta Tidak Lagi Diguna Pakai?

Pada petikan keempat dan kelima, kita dapat mengagak bahawa sistem kasta ini ditolak oleh masyarakat India di negara kita. Namun, persoalannya tidak timbul terhadap penolakan, tetapi tentang kebenaran sejarah yang sudah sedia tercacat sekian lama. Apakah ada bukti yang menunjukkan bahawa sistem kasta sudah tidak lagi diguna pakai di negara India ketika ini? Adalah dengan ini dipersilakan memberikan bukti ketidakwujudan sistem itu dalam kehidupan masyarakat India di sana.

Pada 30 April 2008, menyaksikan di mana sistem ini masih lagi diamalkan dan seakan sebati walaupun kerajaan India sebenarnya telah melarang keras diskriminasi kasta daripada terus menunjangi hidup kelompok masyarakat bawahan. Sila klik berita dari CNN di sini:

CNN (Klik)

Dan isu-isu berkait tingkat taraf kekastaan ini seolah tidak pernah putus, apatah lagi mahu surut di negara India. Buktinya, Kim Barker melaporkan,

HIGH BEAM (Klik)

Marilah kita bersama-sama memahami bagaimana sistem kasta ini berjalan dalam satu artikel, 'Classes In India',

India Child (klik)

... bersambung (mungkin)

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top