ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Kerana Kita Ini Manusia (Oleh: Pujangga Gila)

Bukanlah namanya manusia
andai tiada ia berbuat dosa
tiadalah mengira siapa dia
tiadalah mengira berhartanya dia
atau mengira miskin hina dirinya
atau kerana masih belum merdeka
belum terlepas dari cengkaman tuannya

Kita manusia - tiada tahu apa-apa
apa-apa yang kita tahu sifatnya sementara
kepintaran kita tiada kekal selamanya
hari ini kita ingat, besok lusa pasti akan lupa
kerana kita manusia; lupalah antara yang utama
yang sering melekat dan dicandukan dalam minda
sehingga pada akhirnya keliru itu bertaut lama
mendap di kotak pemikiran yang keras jumudnya

Lalu? Diwariskan apa kepada anak selepas tiadanya ia
hanyalah satu amanat atas nama taklid buta
yang berdiri tanpa kekukuhan jati dirinya
yang kehilangan konsep tawakal kepada siapa
dan akibatnya? Tiadalah pewaris nusa bangsa
apabila yang lahir tiada layak memimpin negara
kucar-kacir pentadbiran diperbuat cacamarba
bendera kebatilan mula dikibar secara rasminya
sementara bendera keadilan hilang dari pandangan mata
Lalu diumumkan kebatilan menginjak keadilan
        ... dengan jayanya

Benarlah sabda Baginda Nabi dalam doanya,

"Dengan nama Allah, aku bertawakal kepada Allah.
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu
supaya jangan terpeleset ataupun dipelesetkan,
sesat ataupun disesatkan, berlaku zalim ataupun dizalimi,
dan yang berlaku bodoh ataupun aku ditipu kerana tidak tahu."

Oleh: Pujangga Gila

2 comments :

cemomoi said...

ramai juga orang alim join parti hancus dengan dia pon hancus

Ampuan Awang said...

aduh, kasihan benar bunyinya...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top