ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Kambing Pun Mahu Senyum: Sastera Sabah Sudah Mati?


Foto bagi pojok 'Kambing Pun Mahu Senyum' versi adaptasi watak 'Senyum Kambing' Utusan Malaysia. Isu 'Sastera Sabah Sudah Mati?' menjadi fokus utama, dan foto inilah yang aku muat naik dalam facebook. Apa yang menariknya? Rasanya tiada yang menarik sangat pun, tapi ada dua komentar berkualiti seperti di bawah ini:


Komentar Pertama (1)
  • hidup segan mati tak mahu...

Komentar Kedua (2)
  • Sastera tidak pernah mati, yang mati adalah 'roh' sastera. Lebih ramai yang menulis kerana' tuan' bukan kerana 'Tuhan'. 'tuan' mereka ialah, duit, penghargaan, pangkat dan harta. Bila untung sudah jadi ' roh' tinggallah jasad sastera,' muflis ' untuk keduniaan semata-mata. Matilah roh sastera, bila yang berkalam terbit dari nafsu amarah. Hanya kata-kata yang terbit dari hati yang suci tiada setitik pun niat untung dunia, kalamnya ada roh, indah berfaedah lagi benar. Hampir sedikit sekali kalam bukan dari nafsu amarah, payah di cari di tengah-tengah manusia melacurkan dunia seni untuk menggemukkan poket serta membuncitkan perut, sambil mengharapkan pingat berjurut di dada. Benarlah sedikit sekali manusia yang mengambil roh sastera sebagai kenderaan untuk kembali padaNya, ketika jasad masih di badan masih bernafas sebagai manusia. Biarlah yang sedikit ini, tergolong dalam pimpinanNya, kembali menghidupkan roh dan jasad sastera, kembali suci lagi menyucikan jiwa-jiwa yang ingin kembali kepadaNya.

++ Nota: Benar, sastera tidak pernah mati tapi yang mati hanya 'Roh' yang memberikan nafas kepada sastera itu sendiri. Isu 'Sastera Sabah' ditutup dengan bangganya kerana masih ada orang yang menggerakkannya, namun begitu usaha untuk menaikkan nama-nama baru terutamanya para pelajar IPTA atau mana-mana kolej yang wujud di Sabah perlu dipertingkatkan pencariannya. Apa pun, cukong sastera perlu dibersihkan kembali. Itu sahaja. Sekian...

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top