ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

A. Kadir Jasin: Jangan Sauberung Interlok Kerana Jahil

Oleh: Pak A. Kadir Jasin

NAMPAK ada manusia atau kelompok manusia di bumi 1Malaysia yang inklusif (terangkum) ini yang mahu melaksanakan Säuberung kesusasteraan.

Säuberung adalah istilah Jerman yang bererti pembersihan. Pada 6 April 1933, Deutsche Studentenschaft (Persatuan Pelajar Jerman) mengisytiharkan tindakan menentang unsur-unsur yang dianggap “tidak Jerman.” Tindakan mereka mencapai kemuncak dengan pembakaran buku.

Pada 8 Januari lalu, kira 100 orang, dikatakan keturunan India, mengadakan tunjuk perasan dengan membakar novel “Interlok” karangan Sasterawan Negara Abdullah Hussain kerana dituduh menghina orang Hindu dan menuntut buku teks tingkatan lima itu diSäuberungkan.

Novel “Interlok” terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka menjadi kontroversi kerana didakwa mengandungi unsur sensitif yang menyinggung perasaan orang India beragama Hindu pada halaman 211 dan 220.

Halaman 211, antara lain, berbunyi: “Satu perkara besar yang membuat mereka senang bergaul adalah kerana mereka tergolong dalam satu kasta Paria.”

Perenggan di halaman 220 yang mungkin menjadi pertikaian berbunyi: “Apatah pula lembu ialah binatang suci bagi orang Hindu; dan kalau binatang itu mati, seperti ibunya sendiri yang mati.”

Kalau penunjuk perasaan itu hendak “Interlok” diSäuberungkan kerana kononnya menyinggung orang India (Hindu), maka mereka kenalah juga membakar novel “Adventure of Huckleberry Finn” karangan Mark Twain kerana ia juga menggunakan istilah yang sama.

("Shortly, Tom came upon the juvenile pariah of the village, Huckleberry Finn, son of the town drunkard."

Tidak lama selepas itu, Tom terserempak dengan budak paria kampung itu, Huckleberry Finn, anak si pemabuk pekan kecil tersebut.)

Kamus The Free Dictionary mentakrifkan pariah sebagai perkataan Tamil pa aiyar yang bermaksud kasta paria daripada perkataan parai yang bererti pesta gendang. Kesimpulannya, anggota kasta paria asalnya pemuzik yang memalu gendang. Merriam Webster pula berkata ia datang dari perkataan Tamil paraiyan yang secara literalnya bererti pemain gendang (drummer) dan penggunaannya dalam bahasa Inggeris dikatakan bermula pada tahun 1613.

Kalau para pembakar buku mahu istilah itu diharamkan penggunaannya maka eloklah dimulakan dengan menghapuskan dari muka bumi ini sistem kasta yang mempopularkan istilah paria itu.

Namun di India pun kerajaannya telah secara rasmi mendokumentasikan kasta dan sub-kasta dengan tujuan memastikan siapa yang berhak didiskriminasikan secara positif dalam bidang-bidang asas seperti pendidikan dan pekerjaan.

BBC, pada 1 September lalu melaporkan: “Indian cabinet approves caste-based census for 2011. Officials are spending a year classifying India's population of around 1.2 billion people India's first caste-based census since 1931 will take place next year, the cabinet has announced. It said the controversial count would last from June-September 2011, after a full census had been held. Answering questions on caste will be optional. The move is intended to help target affirmative action benefits.”

Di negara Hindu itu, amalan kasta masih ketat di luar bandar dan pekan-pekan kecil. Kasta juga menjadi faktor penting dalam politik India.

Lagipun, “setting” cerita kedatangan orang India ke Malaysia dalam novel Abdullah itu adalah pada tahun 1910. Abdullah cuba menceritakan situasi yang wujud pada waktu.

Disebutkan bahawa Paraiyar, Parayar atau Sambavar, atau disebut juga Adi-Dravida adalah kelompok sosial yang wujud di negeri-negeri Tamil Nadu dan Kerala di India serta Sri Lanka. Di Malaysia mereka dikenali sebagai Nammavar.

Jadi, sebelum sesiapapun melakukan Säuberung ke atas “Interlok” atau mana-mana hasil kesusasteraan, eloklah difahami kandungannya.

Janganlah kita membakar di sana dan sini dengan sesuka hati atau menyalah-aplikasikan pepatah Tamil “varuntinal varataku illai” yang dipetik oleh Abdullah dalam novelnya itu.

** Sila rujuk kamus Oxford berkenaan dengan makna,
pariah /p@"rVI@/
· n.
1 an outcast.
2 historical a member of a low caste or of no caste in southern India.
- ORIGIN C17: from Tamil pa>aiyar (pl.), '(hereditary) drummers', from pa>ai 'a drum' (pariahs not being allowed to join in with a religious procession).

Nampaknya terpaksalah mereka bergotong-royong, berpakat-pakat untuk membakar kamus Oxford demi menjaga kehormatan mereka yang perasan dipersalahkan. Kasihan...

2 comments :

-ROCKprincess- said...

kaji sblm mengkritik...
ramai yg lupa tentang ini...
haish...

Ampuan Awang said...

manalah ada yang kaji, mengeji adalah. aduh...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top