ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Garispanduan hasutan di media internet, rabu ini

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengeluarkan garispanduan berkaitan kenyataan dan perbuatan berbaur hasutan yang akan merangkumi penerbitan di internet seperti portal berita dan blog, Rabu ini.

NONEGarispanduan itu, yang berasaskan pada empat atau lima undang-
"undang, telah diteliti oleh peguam negara, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Menteri Dalam Negeri tahun 2009 dan 2010 bagi permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia, permit masuk dan daftar lewat kelahiran, di Putrajaya hari ini.

Baru-baru ini, Hishammuddin mengumumkan garispanduan tersebut sedang disiapkan untuk menangani peningkatkan kes-kes hasutan dan fitnah yang membabitkan media internet dan lamanweb sosial.

Bagaimanapun, terdapat pihak yang merasakan garispanduan itu merupakan satu usaha kerajaan untuk mengekang kebebasan kandungan internet yang dijamin oleh Bill of Guarantees, yang ditandatangani sewaktu pembentukan Multimedia Super Koridor, ekoran ketidakmampuan kerajaan mengawalnya.

Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa polis akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak termasuk penyokong BN jika perbuatan mereka menjejaskan keselamatan orang ramai dan ketenteraman awam semasa kempen pilihan raya kecil DUN Tenang.

Hishammuddin berkata aspek keselamatan menjadi sandaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menghadapi pilihan raya kecil itu.

"Kalau nak tengok setiap kes secara ad-hoc tidak akan memuaskan mana-mana pihak termasuk BN.

"Yang penting PDRM akan menjalankan tugas mereka dan memikul tanggungjawab mengikut undang-undang sedia ada," katanya mengulas dakwaan kononnya polis mengganggu ceramah pembangkang semasa kempen pilihan raya kecil DUN Tenang.

Pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Mohd Azahar Ibrahim dengan calon PAS, Normala Sudirman.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin menafikan dakwaan kononnya kes pembunuhan melibatkan tiga remaja di Melaka Jumaat lepas, ada kaitan dengan unsur perkauman dan agama.

Beliau meminta orang ramai supaya tidak mensensasikan isu berkenaan dan menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan.

Dalam kejadian pukul 10.45 malam itu, ketiga-tiga remaja dari Taman Mengkuang, Masjid Tanah, dipercayai terbabit dalam pergaduhan atau diserang lebih daripada lima orang menggunakan senjata tajam berdasarkan kesan tikaman dan tetakan pada mangsa.

Lan Ee Shen, 19, yang bekerja di bengkel kereta dan pelajar Tingkatan Lima, Chong Sang Keong, 17, mati di tempat kejadian manakala Tai Chi Yong, 18, meninggal dunia di Hospital Terendak.

** Sumber: Malaysia Kini

2 comments :

Aj said...

now we can "do" anything

Ampuan Awang said...

can 'DO'? cannot 'DO' maybe :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top