ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Updated: Gardenia (Sabah) berkata...

Awal Pagi

Adapun keadaan jalan raya pada pagi ini sama seperti hari2 sebelumnya. Jalan sesak, dan menyesakkan kepala. Entahlah bilalah agaknya jalan raya di sekitar Kota Kinabalu berubah menjadi lebih baik: entah bilalah pula konon2 yang diuar2kan mahu membaikpulih jalan dilaksanakan. Janji, bunyinya sedap, namun kekadang ia mampu menjadi suatu bahan lawak atau perlian bagi sesetengah orang. Ah, biarlah. Politik memang lebih banyak kuah dari lauknya. Karut.

Update Status
Pihak Gardenia (Sabah) berkata,mereka dlm proses mohon logo HALAL dari JAKIM.Peliknya,kenapa tak maklum @ sidangmediakan?Kan dah kalut,timbul memacam hujah yg meragui status halalnya.Oh,Gardenia sungguh enak dimakan begitu saja. Eh? [via Celcom SMS]

Aku terkejut. Baru mahu memohon kelulusan? Jadi selama ini mereka guna logo apa? Berapa lamakah proses kelulusan dibuat? Isu logo ini penting bagi sesetengah orang yang konon mahu menjaga diri dari termakan benda2 syubhah tanpa memikirkan bahawa banyak syarikat di luar sana yang mengguna logo yang sama pada produk mereka waima ia sebenarnya tiada, atau dalam bahasa mudahnya, guna sama. Satu lagi, saluran TiVi di negara kita ini banyak, kenapa tak buat sidangmedia atau buat pengumuman di stesen radio? Kalau dah syarikat sebesar ini mengalami masalah untuk mendapat kelulusan, syarikat kecil apatah lagi?

Sekarang orang dah cuak nak membeli roti sandwich dengan alasan beserta hujah yang bakal menjatuhkan kredibiliti syarikat berkenaan. Hilang tiba-tiba nafsu aku tuk berkata panjang. Oh, Gardenia tak enak dimakan begitu saja. Eh?

NOTA: Teramatlah payah untuk kita banteras penyelewengan logo halal yang dikeluarkan oleh JAKIM kerana syarikat2 baru tumbuh bak cendawan, sukar untuk kita pastikan yang mana satu halal, yang mana satu tidak. Pendek kata, antara halal dan haram seolah terletak di tengah2. Akhir zaman, perkara yang melibatkan hukum kurang benar mendapat perhatian.

9 comments :

r-mean said...

isu nih xhabis2.
bilalah nak betul2 pasti halal.

Ampuan Awang said...

betul2 halal? manalah ada halal yang pasti selagi orang kita termasuk kita sendiri tak turun membantu pihak berwajib...

cemomoi said...

tak kottt

ada kawan kat dbp sabah tu dulu

OLYZUK said...

Salam, saya pun ada menulis pasal roti ni yg selalu saya makan sebelum ini. dan pastinya sekarang saya tidak lagi akan membeli roti ini selepas mendapati logo halalnya ditampal. Seperti ditipu rasanya oleh syarikat yang "mungkin" mempermainkan status halal. Adakah roti yang saya makan sebelum ini (semasa logo halal tidak ditampal)?

Saya ada cari2 di google yang mana terjumpa siaran akhbar:
Sumber akhbar Daily Express October 30, 2010: Jakim: No statement about Gardenia bread ( http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=75514 ).. tapi sekarang logo halal ditampal.

Rakan saya kata Gardenia Sabah dan Semenanjung adalah dua entiti berbeza. Gardenia di Semenanjung siap ada Halal Panel.

Ampuan Awang said...

Salam kembali,

terima kasih atas info ini. nampaknya terpaksalah kita (terutama yang minat menelan itu) berhati2, walaupun label semata2 tapi ia jauh lebih besar dari masalah itu sebenarnya.

farhan said...

Mama saya baru jumpa.

farhan said...

Mama saya jumpa.Mama saya kata ada khinzir.

joker said...

Selama ni GARDENIA SABAH beroperasi tak pernah ada masalah HALAL,kenapa tiba2 timbul masalah begini?siapa yg bertanggungjawab?kenapa tak d sidang media kan?

エル・ローライト said...

salam.sudah berbulan perkara ini berlanjutan.sampai sekarang masih belum ada perkembangan lagi status halalnya...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top