ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Entah apalah yang sebenarnya mahu dipolemikkan...

Sebelum membaca artikel Utusan Lama di bawah, adalah disarankan agar membaca ayat-ayat ini terlebih dahulu:

Sumber: Klik sini
"Transformasi ini pasti akan memperbaiki kualiti sekolah-sekolah kita dan membolehkan generasi muda kita menonjolkan potensi sebenar untuk berjaya dalam persaingan ekonomi global yang semakin mencabar,"

"Bagaimana pula transformasi pendidikan ini boleh membantu kita membina Malaysia yang bersatu-padu? Ia boleh dilaksanakan dengan pendemokrasian pendidikan iaitu memperbaiki kualiti sekolah yang sekali gus meluaskan peluang pendidikan berkualiti kepada semua kaum,"

"Sejarah telah membuktikan bahawa pendidikan memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan taraf hidup rakyat Malaysia terutama di kalangan bumiputera yang tidak berkemampuan.

"Melalui usaha kerajaan mewujudkan Dasar Ekonomi Baru telah berjaya membantu bumiputera mendapatkan peluang pendidikan lebih baik seterusnya memperbaiki status ekonomi dan sosial serta berada setaraf dengan kaum lain,"

"Pada hari ini kerajaan berazam membantu semua kaum mendapatkan peluang pendidikan yang lebih baik dan salah satu langkah adalah menyediakan biasiswa pendidikan dan memperluaskan peluang pendidikan tinggi.

"Dengan langkah ini kita berharap rakyat berbilang kaum di negara ini akan menikmati faedah terutama dalam aspek ekonomi selain mengeratkan lagi perpaduan sesama sendiri,"

"Kita perlu melihat dalam gambaran yang lebih luas. Kita perlu meletakkan kepentingan negara lebih dari segalanya termasuk membuat permintaan yang hanya untuk kepentingan kaum tertentu semata-mata,"

Dan ayat ini:

Sumber: Klik sini
"Kita tiada rakyat kelas satu atau kelas kedua, begitu juga kelas ketiga sebagaimana berlaku di negara lain. Ini tidak berlaku di Malaysia,"

Juga pada ayat ini:

Sumber: Klik sini
"Pendidikan sememangnya tidak ternilai dan amat penting bagi kita muncul
sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi dan maju. Kerajaan menganggap
pendidikan sebagai satu pelaburan,"

Persoalan: kebanyakan ayat di atas menjurus kepada ekonomi sahaja, sementara bab-bab melahirkan pemikir tidak ada (berkait dengan agama juga tidak ada). Bagaimana sesebuah negara mampu untuk bersaing dengan negara besar yang lain seandainya ilmu di dada rakyat kering, dan akhirnya rata-rata mereka mula berfikir, lalu mengambil orang yang berfahaman sempit sebagai tempat rujukan [?] Kebolehan berfikir dengan baik tidaklah sama dengan kebolehan diri dalam pelajaran. Entah di mana silapnya, semakin ramai pula insan yang mahu sekalian marhaen kembali duduk di bawah tempurung, juga dalam gua. Dipersilakan membaca arkib Utusan Lama. Sekian.

-----------------------------------------------------

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 12 Jan. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan bergabung tenaga menangani sebarang isu berhubung laporan berita berbaur hasutan di semua saluran media.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, dalam aspek ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diberi tanggungjawab melengkapkan butiran kenyataan saksi sebelum dihantar ke pejabat Peguam Negara untuk proses pendakwaan.

Menurutnya, KDN pula akan mengendalikan siasatan berkaitan kesalahan dalam media cetak manakala Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menangani laporan dalam laman web, blog dan media elektronik.

"Kita telah mengenal pasti enam akta untuk dijadikan garis panduan bagi mengheret mereka yang mengeluarkan kenyataan dan perbuatan berbaur hasutan untuk dikenakan tindakan undang-undang.

"Kami mahu memastikan kes-kes yang didakwa benar-benar kukuh dan berupaya disabitkan kesalahan kerana ia bertujuan mengelak sebarang isu yang timbul dipolitikkan atau dipolemikkan oleh mereka tidak bertanggungjawab" katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam masa terdekat Hishammuddin bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Datuk Seri Dr. Rais Yatim akan mempengerusikan secara bersama satu mesyuarat yang akan melibatkan Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Enam akta tersebut ialah Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948, Akta Penapisan Filem 2001, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Draf garis panduan berkenaan antara lain meliputi bahan yang bersifat hasutan, berita jelik, pornografi, berita palsu dan jenayah siber.

"Setiap pihak atau individu tidak boleh menggunakan alasan kebebasan bersuara dalam konteks demokrasi ketika mengemukakan apa- apa pandangan serta pendapat, tanpa langsung memikirkan kepentingan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

"Kebebasan bersuara dalam erti kata sebenarnya turut mempunyai had dan batas, maka undang-undang mengambil tempat bagi melindungi rakyat dan negara," katanya.

Hishammuddin berkata, setiap usaha yang dilakukan oleh kerajaan bermatlamat melindungi rakyat agar mereka dapat hidup dalam keadaan selamat, aman dan sejahtera.

Justeru, individu yang ada kepentingan tertentu harus sedar bahawa pihak kerajaan tidak akan sama sekali berkompromi terutama dalam soal berhubung kait dengan keselamatan rakyat dan negara sejajar dengan Gagasan 1Malaysia.

** Sumber: Utusan Lama

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top