ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Dialog Novel Interlok Di Rumah Pena Sabtu Ini


Aku menerima perkhabaran daripada saudara Nazmi Yaakub di mana beliau turut menjemput ke Dialog Novel Interlok sabtu ini. Rasanya aku tak berkesempatan untuk pergi memenuhkan kerusi di Rumah Pena. Akan tetapi aku cuba canang-canangkan kepada mereka yang mahu menghadirkan diri, mendengar, memahamkan diri tentang Interlok, sebuah novel yang disalahertikan, dipolitikkan. Adalah dengan ini, aku pula menjemput sahabat-sahabat yang berminat untuk hadir bagi pihak saudaraku Nazmi Yaakub.

Time
Saturday, January 8 · 10:00am - 1:00pm

LocationRumah Pena
Jalan Dewan Bahasa
Kuala Lumpur, Malaysia

Created By

More Info
DIALOG Novel Interlok akan diadakan di Rumah Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur, pada 8 Januari ini, jam 10 pagi bagi menjawab dan memberi penjelasan kandungan sebenar novel karya Sasterawan Negara (SN), Datuk Abdullah Hussain.

Mantan Pensyarah Jabatan Kesusasteraan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Fatimah Busu dan penulis bebas, Dr Ilyas Zaidi, akan tampil sebagai panel dialog ya...ng bakal dipengerusikan Presiden PENA, Mohamad Saleeh Rahamad.

Setiausaha Agung PENA, Syed Mohd Zakir Syed Othman atau lebih dikenali sebagai SM Zakir, berkata objektif utama dialog itu bagi menjelaskan secara ilmiah kewajaran kandungan novel Interlok yang menjadi kontroversi ketika ini.

"PENA ingin menjelaskan melalui dialog ini bahawa Interlok sesuai dijadikan bahan dalam Komponen Sastera Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS). Melalui dialog ini, perbincangan secara intelektual akan dijalankan tanpa membabitkan sebarang gangguan emosi.

"PENA berasa Interlok sangat sesuai dan wajar dijadikan teks KOMSAS kerana kandungan novel itu mampu membentuk semangat 1Malaysia dan perpaduan antara kaum di negara ini," katanya ketika dihubungi Sastera, baru-baru ini.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi dialog, sekali gus berkongsi idea membicarakan inti pati dan kewajaran Interlok sebagai teks KOMSAS tanpa dipengaruhi emosi dan maklumat lanjut hubungi talian 03-21425824 atau e-mel kepada penamalaysia@gmail.com.

Berita Harian, 5 Januari 2010
** NOTA: Interlok merupakan sebuah karya yang perlu dibaca berkali-kali untuk mendapatkan impak dan jawapan yang tersirat daripadanya (Seperti aku sudah khatam pula lagaknya). Seandainya kita memandang serong dengan mengambil berat tentang keburukan yang kononnya sengaja dipalitkan ke tubuh sendiri, pastilah kita tiadakan berpuas hati sampai ke mati. Tetapi sekiranya kita melihatnya dari sudut moraliti, kesefahaman antara kaum, rasanya ia akan lebih santun dan tiadakan timbul segala keruh sebagaimana ulasanku pada status saudaraku Nazmi di laman sosial facebook, berbunyi begini,
Ini dia bahasa mesra dari aku,

"... saya memandang sastera sebagai sebuah khazanah yang besar pertaliannya dengan moraliti dalam kelompok manusia itu sendiri. Dan sekiranya segala benda yang bisa mendidik diri ditolak ke tepi, kita lihat nan...ti apa akan terjadi. Bahana yang lebih besar akan berjaya dimuat dalam sejarah, dan perlu diingatkan bahawa tidak semua perkara buruk itu menjatuhkan kegemilangan bangsa, tetapi kegemilangan itu yang selalunya menjatuhkan kerana kita berasa senang, juga selesa duduk tenang tanpa sebarang masalah. Mudah cerita, jernihkanlah muara yang keruh, hal politik ketepikanlah. Sejarah takkan dapat kita ubah kerana realitinya kita masih mampu melihatnya sekarang. Ego para ilmuan kenalah bertempat, khuatir orang labelkan kita lebih rendah dari kelas hamba. 'Kan itu lebih mengharukan?"
Persoalan yang ingin aku tanya buat mereka (Ilmuan yang menimbulkan isu). Apakah dengan menaikkan isu sebegini bisa mengubah apa yang tercacat di perut sejarah? Apakah mampu kita mengubah sejarah?


Aku Si Tukang Canang: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top