ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Damai Cintaku

Kucari damai cintaku dari taman ke taman
Kucari damai cintaku dari lembah - jauh nun di pergunungan
semata-mata ingin mencari jawapan
sering mengundang jutaan persoalan
kerana tiada pernah kukenal apa itu 'Mahabbah'
kerana hal itulah dadaku acap berombak lemah

Namun kini, kupakukan langkahku pada lantai bumi
Kupegang, kugenggam erat-erat bahawa cinta itulah 'Mahabbah'
Dalam diam diriku menyimpul sebuah senyuman
'Mahabbah' insya-Allah, akan kutemukan jua akhirnya
dalam rentetan sejarah hidup berbekalkan cebis pengalaman
Dan sejahteralah hendaknya para pencari 'Mahabbah'
semoga tiada tersasar kalamku menyampai hujah
Andai tersalah, tiada mengapa, aku pasrah
Sehinggalah tingkat 'Mahabbah' lesuku itu
kutemukan 'Mahabbatullah'
merapatkan jurang yang wujud dalam diriku
pada Dia - juga pada cinta-Nya

Oleh: Pujangga Gila

**

2 comments :

Teraterabozu~~ said...

sangat suka sajak ini..

Ampuan Awang said...

bagi pihak Pujangga Gila, terima kasih diucapkan, dan dikembalikan semula terima kasih itu kepada Allah yang memberikan pengajaran buat diri dalam berkalam.

terima kasih sekali lagi

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top