ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Dacing Mulai Menimbang Lagi

++ Nota: 'Tiada kata secantik bahasa...,' barangkali inilah ayat yang paling sesuai diguna pakai. Masa untuk petrol berada pada harga lama kian singkat waktunya. Kurang dari dua jam lebih kurang. Apa reaksi saudara-saudaraku sekalian? Apakah perlu kita berkejar-kejaran menyempitkan jalan, memenuhkan ruang di Petronas, atau Shell, Mobil dan sebagainya? Biarlah, tahan saja, barangkali ada hikmahnya. Apapun, ada serangkap pantun yang ingin aku kongsikan bersama. Bacalah dengan irama bersahaja. Terima kasih.

Dacing mulai menimbang lagi,
Berat timbangan tiada selari;
Indak mengapa pun naik lagi,
Ini hadiah untuk rakyat kecapi.

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri.
Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).
Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97. Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam.



Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan.

Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter.



Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu.

Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara.

** Sumber: Malaysia Kini

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top