ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

BUKU: Pengakuan Tengku Ali [Mengapa Saya Diturunkan Dari Takhta Terengganu]

++ Nota: Semalam (29/01/2011), secara kebetulan terjumpa sebuah buku kontroversi (rasanya) di sebuah kedai di sini. Kalau tak disebabkan orang rumah (yang peka dan prihatin) takkan berjaya aku memiliki buku sebagus ini (dalam hati aku ucapkan terima kasih buat orang rumahku). Adapun buku ini dipasarkan pada tahun 1993, diterbitkan oleh Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd setebal 112 muka surat, sementara penulisnya pula ialah Wan Ramli Wan Mohamad.

Apakah sebab yang membuatkan mantan sultan (Tengku Ali) diturunkan takhta? Inilah yang menjadi persoalan dan membuat aku kepingin untuk mengetahuinya lebih lanjut (lebih dahulu dari orang rumahku, waima dia yang menemukan buku ini di suatu sudut yang aku sendiri tak perasan.). Kisah dan nasib beliau (Tengku Ali) tidaklah sama seperti sultan yang lain di negara kita. Rasanya, ada baik aku teruskan pembacaan dari terus berlegar dalam blog aku ini.

** Updated: Tiadalah niat aku untuk mengungkit cerita lama tapi sekadar berkongsi tajuk buku yang aku peroleh, itu saja. Apa pun, al-fatihah buat arwah Tengku Ali...

Sinopsis

'Saya sukacita dapat bertemu Tuan,' ucap saya. Selepas pertemuan singkat itu, saya terus dijemput ke tingkat atas Istana Maziah. Turut bersama ketika itu ialah seorang lagi pegawai Inggeris. Apabila saya bertentang mata dengan Headly, dia lantas bersuara. 'Almarhum Sultan Sulaiman mangkat pada tahun 1942. Ya atau tidak?'. 'Ya' jawab saya. 'Siapakah yang menjadi sultannya?' tanya Headly lagi. 'Sayalah yang menjadi sultannya,' jawab saya. 'Saya minta maaf jika terkasar bahasa apabila bercap dengan Tuanku,' kata saya lagi. 'Pada masa ini barangkali Tuanku sudah pun tahu bahawa semua sultan yang menjadi sultan pada zaman Jepun, dianggap tidak sah,' jelas Headly. Saya terkejut mendengar kata-kata Headly. Bagaimanapun, saya cuba mengawal perasaan. Tanpa bercakap sepatah pun dengannya, saya bergegas pulang ke Istana Telaga Panchur.

++ Demikianlah adanya akan sinopsis yang tertulis di belakang buku ini. Sekian.

Wassalam.

2 comments :

Yuzz said...

sy teringin membaca buku di atas... di mana nak dpt ye..??
siryuzz@gmail.com

TOK BENTARA MANGKU BUMI said...

Di mana saya boleh dapatkan buku tu??
Terbitan syarikat mana ye?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top