ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Apa Kata Arwah Kajai Kepada Arwah Tan Sri Abdul Samad Ismail Tentang Penulisan Rencana

Memetik kata-kata Arwah Tan Sri Abdul Samad Ismail berkenaan dengan penulisan rencana yang mendapat kutukan daripada arwah Abdul Rahim bin Haji Salim (Abdul Rahim Kajai) yang menjadi penyebab utama arwah Tan Sri Abdul Samad Ismail tidak memilih penulisan rencana, sebaliknya beliau meneruskan tugas sebagai seorang wartawan sahaja. Dipersilakan membaca:

Rencana sulung saya pernah saya serahkan kepada Kajai dirobek-robeknya dan diludahinya dengan kahaknya lalu dilontarkannya ke dalam bakul sampah.

" Samad ...", dia berteriak kepada saya. "Mari sini ... kau nak buat rencana ... hingus engkau masih hijau lagi ... belum kenal dunia, belum kenal betina ...," Kajai mengherdik saya.

Rujuk halaman 69 dalam buku Memoir A. Samad Ismail Di Singapura 
Nota: Pasti ada sebab yang membuatkan Kajai menolak hasil tulisan Pak Samad pada waktu itu. Betapa payahnya menulis rencana. Tetapi barangkali ada yang kaya agaknya hasil dari menulis rencana di akhbar harian kita di seluruh negara.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top