ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

WikiLeaks: Amerika hipokrit; Dasar pengecut!


WikiLeaks anggap Washington bersikap hipokrit dalam hal-ehwal antarabangsa

WASHINGTON: Laman web pembocor maklumat WikiLeaks semalam menyiarkan ratusan ribu dokumen diplomatik Jabatan Negara Amerika Syarikat yang mendedahkan secara terperinci bagaimana Washington memandang rendah hingga menghina pemimpin dunia.

Paling serius, kabel itu juga menunjukkan Amerika mengarahkan operasi pengintipan terhadap diplomat asing di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tindakan yang melanggar undang-undang antarabangsa.

Semua wakil tetap Majlis Keselamatan termasuk Russia, China, Perancis dan Britain menjadi sasaran intipan termasuk Setiausah Agung, Ban Ki-Moon.

Amerika menyifatkan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy terlalu mudah tersinggung dan mempunyai gaya kuku besi; Perdana Menteri Russia, Vladimir Putin digelar Batman manakala Robin ialah Presiden Dmitry Medvedev dan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad dirujuk sebagai ‘Hitler’.

Selain itu, pemimpin Itali, Silvio Berlusconi, suka berparti dan tidak cekap sebagai seorang pemimpin moden Eropah; pemimpin Libya, Muammar Gaddafi pula dikatakan suka dengan seorang jururawat Ukraine yang montok dan mengiringinya ke mana saja manakala Canselor Jerman, Angela Merkel tidak suka mengambil risiko dan tidak kreatif.

Sementara itu, Presiden Afghanistan, Hamid Karzai, disifatkan ‘amat lemah dan tidak suka mendengar fakta tetapi mudah dipengaruhi sesiapa yang melaporkan komplot terhadapnya meskipun sukar dipercayai manakala pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il, disifatkan ‘lelaki tua yang gendut’ dan mengalami trauma fizikal dan psikologi.
Akhbar The New York Times, The Guardian, akhbar Jerman Der Spiegel, akhbar Perancis Le Monde dan akhbar Sepanyol El Pais menyiarkan bahagian pertama dokumen berkenaan dan berkata susulan akan dibuat pada hari berikutnya.

Pengasas WikiLeaks, Julian Assange menyifatkan pembocoran maklumat itu sebagai ‘sejarah diplomatik Amerika’ yang meliputi semua isu penting ketika Washington berdepan pendedahan memalukan itu.

WikiLeaks mula menyiarkan 251,287 maklumat, 15,652 daripadanya dianggap ‘sulit’ dari 274 kedutaan Amerika di seluruh dunia di laman webnya sendiri http://cablegate.wikileaks.org

Dalam satu pengenalan, ia menyifatkan Amerika sebagai kuasa besar hipokrit dengan dua sikap berbeza ketika berada di khalayak dan ketika ‘di balik tabir’.

“Maklumat itu menunjukkan tahap pengintipan Amerika ke atas sekutunya dan PBB; ‘menutup sebelah mata’ dalam isu rasuah dan hal asasi dengan ‘negara rakan’ rundingan ‘belakang pintu’ dengan negara yang sepatutnya berkecuali; melobi untuk korporat Amerika dan kaedah yang diambil diplomat Washington untuk merebut peluang.

Dokumen juga mendedahkan pertelingkahan nuklear Pakistan hingga kepada gesaan pemimpin Arab Saudi agar Iran diserang.

Maklumat yang dibocorkan itu juga mendedahkan usaha kerajaan China menggodam laman web Google, rancangan menyatukan Semenanjung Korea selepas kejatuhan Korea Utara dan kenyataan Raja Arab Saudi bahawa Amerika perlu mengebom Iran untuk menghentikan program nuklearnya dengan berkata: “Potong saja kepala ular itu”.

Ia memperincikan kenyataan tertutup yang boleh mencetuskan skandal termasuk kata-kata Presiden Yaman kepada tentera Amerika, ‘Kami akan terus kata bahawa bom itu kepunyaan kami dan bukan anda’ ketika membincangkan serangan rahsia Amerika ke atas al-Qaeda. – AFP/Agensi

** Sumber: Berita Harian / Wikileaks / BBC US & CANADA

Komentar Aku:

Seberani-berani laman Youtube, tidak pula berani memaparkan video kecurangan tentera Amerika di Iraq. Sebaliknya mereka menggunakan ayat ini:

"To view this video or group, please verify that you are 18 or older by signing in or signing up. If you would instead prefer to avoid potentially inappropriate content, consider activating YouTube's Safety Mode."

Ini bermakna hanya individu yang berminat dan berdaftar sahaja yang boleh menontonnya. Bijak benar. Youtube pun takut rupanya!

Sementara pandangan Amerika terhadp beberapa orang kenamaan membuatkan aku terduduk sambil ketawa. Dipersilan membaca entri Berita Harian di atas. Pasti ada yang akan ketawa berdekah-dekah.

Rasanya ini bukan komentar tapi sekadar mahu menyempitkan ruang (tak menarik kalau tak sempit atau sarat dengan fefakta) .

Cukup setakat ini dahulu. Aku nak solat.

Wassalam...

Ulang Siar oleh: Ampuan awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top