ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Tersingkap Nota: Fitnah Hadith Nuzul Ibn Taimiyah

Tersingkap Nota: Adapun perjalanan hidup Ibn Taimiyah penuh liku-liku. Di antara fitanh terbesar yang pernah beliau hadapi ialah 'Fitnah Hadith Nuzul'. Marilah bersama-sama meneliti hasil ketersingkapan nota di bawah ini,

Sebagai seorang ilmuan, sudah semestinya tidak pernah terlepas atau lari dari bertemu musuh yang langsung tak diundang. Sebagaimana Ibn Batutah (seorang pengembara Arab) dikatakan menjadi penyebar pertama akan fitnah ini, di mana beliau berkata:

"Ketika itu saya sedang berada di Damsyik. Saya hadir sendiri pada hari Jumaat. Kebetulan beliau (Ibn Taimiyah) sedang mengajar orang ramai di mimbar Masjid Jami'. Antara pengajarannya ialah: Tuhanturun ke langit dunia serupa turun saya ini. Lantas beliau turun satu tingkat dari anak tangga mimbar."

Ibn Batutah juga dikatakan pernah berkata,

"... otak Ibn Taimiyah ada sedikit goncang."

Pun begitu, mari kita lihat ia dari sudut fakta sejarah:

Ibnu Kathir (ahli sejarah) hidup sezaman dengan beliau dan pernah berguru kepadanya (Ibn Taimiyah) melaporkan bahawa Ibn Taimiyah dimasukkan ke dalam penjara pada hari isnin 16 Sya'ban 726H, pada waktu asar. Sedang Ibn Batutah menjelaskan bahawa beliau sampai ke damsyik pada hari khamis 17 Ramadhan 726H.

Eh, bagaimana pula tiba-tiba Ibn Batutah berkata beliau bertemu dan mendengar Ibn Taimiyah mengajar di masjid Jami' sedangkan waktu itu Ibn Taimiyah merengkok dalam penjara di Damsyik?

Wah, andai perkara ini berlaku, aku ingin menyatakan sesuatu bahawa Ibn Taimiyah memang supernatural. Apakah Ibn Batutah pernah memikirkan akan hal ini sebenarnya?


Mengingat Nota oleh: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top