ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Temuhijau Si Ubat Batuk


** Temulawak sudah berjaya menembus pasaran dunia. Pelbagai produk dihasilkan berdasarkan kajian yang meluas berkenaan dengan tumbuhan herba dari spesis ini. Namun, kita terlupa bahawa selain Temulawak, masih terdapat lagi tumbuhan herba lain yang mempunyai fungsi tak kurang hebatnya. Apakah ia? Temuhijau, inilah dia rupa parasnya.

Andai sekiranya sahabatku bernama Mohamad Farez Abdul Karim mengalami masalah kegatalan pada anak tekak (batuk dll), maka inilah dia antara ubatnya.

Adapun cara pengubatan:

1. Tumbuk 'Temuhijau' yang sedang2 saiznya seperti di atas.
2. Saringkan terlebih dahulu sebelum masukkannya ke dalam gelas.
3. Adapun 'Temuhijau' ini amatlah pahit, namun ia punya rasa pudina.
4. Untuk hilangkan rasa pahit, bijakkanlah diri dengan menambah bersamanya madu (secukup rasa), bukannya gula kerana gula bukanlah bahan yang baik untuk kesihatan manusia.

Demikianlah adanya info perubatan kita hari ini.

** Sebetulnya aku pun baru lepas minum. Alhamdulillah, elok. Terima kasih Bonda...

Info dari dinding facebook oleh aku: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top