ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Tak perlulah menukar nama Harimau Malaya kepada Harimau Malaysia, janggal benar bunyinya

Oleh: Ampuan Awang

Aku tiada pernah terasa andai sekiranya gelaran 'Harimau Malaya' terus digunakan. Kerana apa aku berkata begitu? Sebabnya cukup mudah, tidak semua perkara daripada slogan 1Malaysia itu dapat kita realisasikan. 'Harimau Malaya' sekadar merujuk kepada spesis haiwan yang disenaraikan sebagai terancam iaitu 'Harimau Malaya', dan nama ini pun telah lama digunakan. Pelik, mengapa baru kini ditimbulkan? Kenapa mesti terasa hati, tersinggung segala macam? Ditambah lagi dengan kata-kata seorang YB:

"Saya lihat memang ada asas mereka berperasaan begitu kerana ia tidak melambangkan semangat 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Sepatutnya perkataan Harimau Malaysia yang digunakan,"

kata beliau lagi:

"Walaupun penggunaan perkataan Harimau Malaya yang merujuk kepada pasukan Malaysia yang memenangi Piala AFF Suzuki itu hanya perkara kecil, namun ia bercanggah dengan aspirasi dan semangat 1Malaysia,"

Dan ditambah lagi dengan ayat ini:

"... berharap media nasional terutama pengarang sukan sentiasa bertanggungjawab dan mengambil kira sensitiviti peminat bola sepak di Sabah khususnya golongan belia berhubung penggunaan perkataan Malaya yang jelas maksudnya secara literal, tidak membabitkan Sabah dan Sarawak."

Ternyata YB ini kurang membaca buku. Pak YB, 'Harimau Malaya' itu maskot, dan ia wujud atas satu nama haiwan karnivor iaitu 'Harimau Malaya'. Andai ditukar gelaran harimau Malaya itu kepada harimau Malaysia, tak menarik sungguh.

Buat Yang Berhormat, aku juga belia Sabah, dan aku tiada tersinggung langsung dengan penggunaan gelaran ini. Yang Berhormat, buatlah kajian terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan dalam akhbar, khuatir nanti terkena hidung sendiri.

Yang Benar,

Ampuan Awang
(Aku pun Belia Sabah jualah!)

* kepada YB, harimau Malaya itulah yang berada dalam JATA NEGARA kita. Takkan YB lupa? Atau YB sengaja buat-buat lupa? Atau sebenarnya YB tiada pernah ambil tahu tentang kewujudan spesis harimau yang berhujungkan nama 'MALAYA'. Usahlah dipolitikkan isu rimau ni YB, dipersilakan mengklik sahabat karibku Pak Wikipedia di bawah ini:

** Fakta HARIMAU MALAYA
*** Aku sekadar ingin membalas kenyataan YB yang tersiar dalam akhbar Berita Harian hari ini (klik berita harian).

7 comments :

al-lavendari said...

biarkanlah YB itu terjun dengan labu-labunya !

Ampuan Awang said...

entahlah, pelik benar. aku nak tahu juga kenapa ia mesti dipolitikkan?

Pencari Qurratuaini said...

salam..

maaf kiranya tak sependapat dgn tuan blog..

benda ni bukan politik tp kita yang politikkan. pertukaran nama bukan nama harimau tu ditukar atau spesisnya itu langsung kita tak tahu wjud dimana, malaya ka sabah ka atau sarawak, tapi nama jolokan kpd pasukan malaysia...

utk apa fakta ttg harimau malaya, hehe...tapi lebih baik cari fakta untuk harimau menggambarkan malaysia...harimau wakil malaysia..

pokok persoalannya pada sukan, bukan politik..jadi apa salahnya satu pasukan yang mewakili malaysia diberi jolokan mewakili harimau dari malaysia...

TcRaiN said...

Alamak malunya... YB tak buat kajian dulu ka sebelum keluarkan isu dalam media? Tak kan melulu saja...! Malu... malu

mmmijie said...

~ Aku orang SARAWAK tp tak pernah pun rasa tersinggung , malah rasa b'bangga sangat kalau guna 'HARIMAU MALAYA' tu .

SADIEHAF said...

Mohon izin untuk share....

Ampuan Awang said...

Buat sahabat-sahabatku sekalian. tiadalah bersebab atau mahu beralasan panjang, tapi nampaknya kita perlu muhasabah kembali akan diri, perbetul apa yang dilihat kurang betul.

Sebenarnya tiada masalah pun kalau dikekalkan gelaran 'Malaya' itu kerana aku memang sukakan Malaya, unik rasanya. Seperti yang aku titipkan, tidak semua benda dapat kita realisasikan mengikut slogan yang dicanang2kan. Ada suatu contoh seandainya semua benda kita 1Malaysiakan,

"Orang Utan = Orang Malaysia"

Bagaimana, sudi menerimakah? Aku tak sudi sebab nyata salah menujukan Orang Utan kepada manusia seperti kita. Apa pun, damai jugalah negara kita Malaysia

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top