ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Status FB Maal Hijrahku hari ini



Sempena Tahun Baru 1432H, ada baiknya kita lihat beberapa panduan yang digariskan oleh Abu al-Hassan Syadhili untuk sampai kepada taraf manusia yang berakhlak dengan akhlak Allah. Di antaranya:

1. Ikhlas
2. Taubat
3. Niat yang sahih
4. Melalui jalan-jalan sahih untuk menghayati kehidupan tasawuf
5. Khalwah
6. Jihad
7. Konsep jiwa
8. Konsep dunia
9. Konsep Ubudiyah
10. Ketaatan
11. Zikir
12. Wara'
13. Zuhud
14. Tawakal
15. Rida
16. Mahabbah



Tariqat al-Mawlawiyyah merupakan salah satu dari cabang tariqat tasawuf sunni yang diasaskan oleh penyair sufi kesukaanku iaitu Jalal al- Din al-Rumi yang datangnya dari Parsi dan wafat pada tahun 672H. Kumpulan Syair-syair atau 'al-Mathnawi' sememangnya popular di timur dan juga di barat!


Ibn 'Atta Illah pernah berkata:

"Hendaklah kamu tahan hati apabila kamu disakiti dan janganlah kamu menyakiti orang lain (orang yang menyakiti kamu)."

Persoalannya di sini, mampukah kita menahan hati dari disakiti atau terus membalas dendam secara kontan terhadap mereka yang menyakiti hati?



Abu Yazid al-Bistami pernah berkata (lebih kurang begini):

"kalau kamu melihat seseorang itu boleh terbang di udara dan boleh berjalan di atas air, maka janganlah kamu tertipu dengannya sehinggalah kamu melihat sendiri bagaimana dia melakukan suruhan (agama) dan (meninggalkan) larangan (agama)."

Tapi malangnya orang kita berfaham terbalik...



Menurut fakta tasawuf Ibn Arabi:

konsep Wahdah al-Wujud beliau tidak boleh disamakan dengan Pantheism kerana Pantheism merupakan suatu doktrin metafizik yang mana alam universal ini berkeserupaan (identify) dengan Tuhan.


** P/S: Semoga Allah memberkati segala usaha baik kita di dunia sebelum kita bertemu Dia Yang Esa. Demi Allah, aku sekadar mahu berkongsi waima ilmu yang ada cukup nipis berbanding (kalian) yang lebih bijak dari kalangan manusia yang serba tahu. Itu sahaja. Salam tahun baru 1432H buat saudara seagamaku...

Wassalam


Oleh: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top