ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Pending: Pelengkap pakaian adat masyarakat Melayu


Oleh: Abas Bin Tajab


Pending adalah sebahagian dari pelengkap pakaian adat masyarakat Melayu lama yang digunakan dalam upacara resmi istana atau dalam majlis tertentu. Dipercayai bahawa pending berasal dari pakaian wanita Siam yang telah dibawa masuk ke Malaysia melalui orang Melayu Pattani di utara Semenanjung beberap kurun yang silam.

Pending ialah pengancing tali pinggang atau kepala tali pinggang yang direka dan dihias indah dengan pelbagai motif tumbuh-tumbuhan tertentu. Kaum lelaki menggunakannya untuk mengikat kain samping manakala kaum wanita menggunakannya sebagai pelengkap pakaian adat. Contoh paling tersohor wanita yang menggunakan pendinga ialah Cik Siti Wan Kembang seorang pemerintah wanita yang terkenal dalam kurun ke 15.

Kebanyakan pending yang dibuat berbentuk bujur seperti mata manusia, bulat, segi empat dan sebagainya. Pending yang dipakai oleh pembesar-pembesar Melayu dan Raja-Raja Melayu dibentuk dengan menggunakan emas, dan suasa. Namun demekian ada juga yang diperbuat daripada perak atau tembaga yang bercutam.

Reka corak yang diilhamkan oleh tukang-tukang emas di Pantai timur memperlihatkan keindahan motif alam semual jadi yang begitu gemilang dan sempurna buatannya. Ada pending yang direka bentuk dengan bertatah batu permata yang bermutu tinggi. Keindahan permata ini lebih terserlah apabila dipancari oleh sinaran matahari atau cahaya lampu. Walaubagaimanapun ada pending yang diperbuat tanpa sebarang batu permata tetapi menampakkan motif hiasan tumbuh-tumbuhan yang amat indah ukirannya.

Pending lebih menjadi lambang ketinggian adat dan kekuasaan raja-raja Melayu suatu masa dahulu. Pending permata digunakan oleh raja, atau anak raja semasa istiadat resmi istana. Manakala kerabat dan pembesar istana lainya memakai pending yang dihias indah tanpa permata. Selain itu pending menjadi simbol kekuasaan, kemewahan dan kebesaran pemerintahan seseorang raja Melayu.

Tidak semua raja Melayu memakai pending sebagai pakaian kelengkapan. Hanya sebahagian raja Melayu seperti Raja Kelantan, Kedah, Perlis dan Selangor yang memakai pending.

Dari segi rekabentuk terdapat pelbagai kelainan antara satu pending dengan lainnya. Ada yang bertepi licin atau bertakuk. Ada yang dibuat seolah bertingkat selapis atau dua lapis.


* Petikan bersama foto diambil dari dinding facebook Ayahanda Ahmad Khamal Abdullah
** Hasil perkongsian sdr Dori Dirsang

Diulang siar atas dasar ilmu oleh: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top