ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Mereka Kata: Wajib guna bahasa Melayu


KUALA LUMPUR: Mulai tahun depan, tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana agensi kerajaan, perbankan dan syarikat yang enggan menggunakan bahasa Melayu (BM) dalam semua urusan berkaitan, tertakluk di bawah tetapan Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan (JPBK).

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Termuzi Abdul Aziz, berkata langkah itu diambil bagi memastikan semua pihak bersatu dan bekerjasama dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu yang juga bahasa rasmi, sekali gus penggunaannya meluas di seluruh negara.

“JPBK atau jawatankuasa induk ini dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mempunyai enam jawatankuasa kecil di bawahnya bertujuan melaksana, memantau dan memastikan bahasa Melayu digunakan sewajarnya.

“Sebagai contoh, Jawatankuasa Penggunaan Bahasa Kebangsaan di Sektor Kewangan (JPBK-SK) akan memastikan bank di negara ini menggunakan BM dalam semua aktivitinya termasuk dalam borang perjanjian selain bahasa Inggeris. Mereka boleh buat dwibahasa, yang penting BM ada.

“Kalau mereka tidak mahu mematuhi arahan ini yang juga arahan Bank Negara (selaku badan yang mengawal), ia akan di bawa ke jawatankuasa induk untuk perbincangan selanjutnya, sebelum tindakan wajar diambil,” katanya yang ditemui selepas Majlis Penghargaan Bulan Bahasa Kebangsaan 2010, di sini semalam.

Ditanya bentuk tindakan dikenakan, Termuzi berkata, ketika ini belum ada peruntukan dalam JPBK bagi membolehkan institusi perbankan didenda jika enggan patuh arahan berkenaan, justeru pihaknya memikirkan tindakan lain yang lebih wajar untuk menggantikannya sekali gus bertindak sebagai peringatan.

JPBK dianggotai enam kementerian antaranya Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kewangan selain Jabatan Perkhidmatan Awam yang semuanya bertindak menyelia enam jawatankuasa kecil mengikut bidang masing-masing.

Jawatankuasa kecil itu termasuk Jawatankuasa Penggunaan Bahasa Kebangsaan Perkhidmatan Awam, Jawatankuasa Penggunaan Bahasa Kebangsaan Bidang Penyiaran dan Jawatankuasa Penggunaan Bahasa Kebangsaan di Tempat Awam, Jawatankuasa Penggunaan Bahasa Kebangsaan Sektor Pendidikan dan Jawatankuasa Penggunaan Bahasa Kebangsaan Pegangan dan Penggunaan selain JPBK-SK.

Terdahulu, Termuzi menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Pidato Piala Bank Negara Malaysia membabitkan institusi kewangan.

** Sumber: Harian Metro

Komentar Aku:

 Tindakan tegas? Aku harap ia benar-benar dilaksanakan tahun hadapan. Eh, tak lama lagi rupanya kita melangkah tahun baharu. Ermm, semakin tua pula aku rasa. Alhamdulillah. Sekian.

Wassalam...

Ulang Siar oleh: Ampuan Awang

1 comments :

sHarY said...

mungkin ini satu langkah yang baik permulaan bagi memperkukuhkn rumpun bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaa.tetapi seharusnya mereka juga perlu melihat dari sudut pengunaan bahasa di universiti tempatan yang ada di negara kita.perlu diingatkan,permulaan adalah bermula dari bawah.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top