ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Kerajaan China Larang Guna Bahasa Inggeris


BEIJING - Kerajaan China mengumumkan larangan penggunaan singkatan bahasa Inggeris dalam surat khabar tempatan, buku, dan laman sesawang kerana bimbang ketulenan bahasa Cina berada dalam bahaya, Isnin lalu.

Pentadbiran Am Akhbar dan Penerbitan melaporkan, peningkatan penggunaan perkataan dan singkatan Inggeris dalam penerbitan di China menimbulkan kebingungan pembaca.

Amalan penulisan itu dikhuatiri merosakkan taraf bahasa Cina dan mampu mengganggu keharmonian bahasa serta persekitaran budaya sehingga mengakibatkan kesan sosial negatif.

"Adalah dilarang untuk mencampurkan frasa bahasa asing seperti ayat atau singkatan Inggeris dalam penerbitan bahasa Cina sehingga mencipta kata-kata yang tidak membawa maksud dalam bahasa Cina atau bahasa asing lain.

"Syarikat penerbitan dan media harus mengukuhkan peraturan penggunaan bahasa asing yang ditetapkan dan menghormati struktur, glosari dan tatabahasa bahasa Cina dan bahasa luar," menurut pertubuhan itu.

Syarikat televisyen di China menerima notis daripada kerajaan untuk mengelakkan penggunaan singkatan bahasa Inggeris dalam program berbahasa Cina, awal tahun ini.

Bagaimanapun, singkatan perkataan bahasa Inggeris masih digunakan secara kerap dalam siaran berita utama dan berita sukan.

** Sumber: Sinar Harian 24/12/2010

Komentar Aku:

Kerajaan China dah lakukan. Kerajaan Malaysia bila lagi???

Diulang kembali oleh: Ampuan Awang

1 comments :

Afizz said...

Bagus tindakan kerajaan China tu. Tetap mempertahankan ketulenan bahasa ibunda walaupun dunia semakin maju...:)

Entri Terkini
Bila Kanak-Kanak Mengejar Populariti

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top