ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Jaminan petrol kekal pada harga RM1.85 retorik semata-mata!


** Semoga Allah SWT memakmurkan lagi bumi ini dengan limpahan minyak hitamnya. Semoga kekayaan sumber bawah bumi ini dicarigali dan diberikan teristimewa buat rakyat, waima kini rakyat boleh dikira sendat perut kerana selagi masih ada makanan yang bersisa, maka selagi itulah negeri kita dianggap kaya; sarat dan penuh dengan kudap-kudapan. Ada orang berkata,

"Alah, baru berapa sen, bro. Janganlah sengkek sangat."

Bukan masalah 'Sengkek', 'Temahak', 'Bakhil', 'Pelit' bin Kikir alias 'Medit'. Tetapi ini soal hak. Sejauhmana kita meletak hak kita? Dekat di hatikah? Di pinggir hatikah? Di parit hatikah? Atau kita sebenarnya sudah mencampakkan hak bersuara yang kita ada di luar hati kita? Bumi berdaulat, hasil bumi digali dan disalurkan kepada rakyat, barulah betul; bukan kepada Jin yang duduk mendiam dalam diri, menanti diberi habuan royalti, pantas dimasukkan ke dalam poket sendiri. Lalu apa terjadi? Ramailah nanti duduk bertengger di kaki lima berdekatan dengan bank menadah tangan memohon ufti.

Apakah kita mahu begini kesudahannya nanti?


>> bersambung... (Apakah perlu aku sambung? Tak perlulah rasanya...)

** beberapa fakta menarik yang ingin aku muatkan dalam epik bengik cerita di atas: aku seolah terdengar ada janji dibuat berkenaan dengan hal ini pada bulan november, namun perubahan telah berlaku mendadak dan di luar jangkaan. Ternyata janji telah disetubuhi pada bulan disember tahun ini juga. Lihatlah bukti pada foto dan Kliklah data kenaikan harga 4 dalam 1 di bawah ini:


** Klik Sumber: Utusan Malaysia

Komentar Aku:

Kerana terlalu asyik meluah janji, akhirnya memakan diri sendiri. Oh janji manis kautanam di tepi bibir, manis katamu bak gula dalam minuman. Oh janji berjanji - tunaikan sebaik sahaja engkau luahkan! Jangan pula kausetubuhi janjimu itu wahai teman...

** RALAT: oleh kerana aku mahu bergegas membuat kerja hakiki, aku tersilap bubuh harga pada foto di atas. RM1.90 seliter, bukannya RM190 seliter. Err, tapi tak mustahil harga petrol boleh cecah ke angka itu kan??? :)

Oleh: Ampuan Awang

1 comments :

aleeya husnan said...

Harga petrol kekal "tahun ini".

Sekali lagi ditegaskan, "tahun ini".

Tahun hadapan naik lagi.

Ah, emang dasar.

Gula dalam minuman, terlalu banyak makanya jadi terpotong kaki dan tangan. Akhirnya lidah tak lagi merasa manisnya gula.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top