ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Bagaimana skim cepat kaya menjahanamkan pengikutnya

Sebelum ditipu hidup-hidup, ada baiknya aku muatkan info perbankan dari laman Banking Info buat saudara-saudara sekalian di luar sana. Moga copy paste ini memberikan manfaat buat kita semua. Sebelum terkena, berwaspadalah :)

Ramai yang menjadi mangsa penipuan kewangan yang menyebabkan kerugian besar. Pengendali skim-skim sebegini lazimnya menarik perhatian mangsa mereka dengan jaminan pulangan tinggi dan meyakinkan anda untuk melabur wang anda yang akhirnya akan hilang begitu sahaja. Pengendali sebegini akan sentiasa memperbaiki skim penipuan lama untuk mengelakkan daripada ditangkap. Oleh itu, anda dinasihatkan agar berhati-hati terhadap sebarang tawaran yang menjanjikan sesuatu yang indah khabar dari rupa.

Berhati-hati dengan skim penipuan berikut:









Berdagang dalam mata wang asing adalah aktiviti pelaburan dalam mata wang asing dengan tujuan untuk mendapat pulangan yang tinggi daripada pergerakan kadar tukaran mata wang asing. Oleh itu, jika anda diajak untuk melabur wang anda dalam mata wang asing oleh pihak selain daripada peniaga matawang yang sah, tidak syaklah ia adalah satu sindiket dagangan haram mata wang asing.
Pengendali atau syarikat yang beroperasi secara tidak sah ini biasanya:

Memaparkan iklan yang cukup menarik untuk mengumpan orang ramai supaya mendengar rancangan pemasaran mereka yang meyakinkan tetapi sebenarnya palsu
Mempunyai ibu pejabat di luar negara
Beroperasi di pejabat dan kemudahan IT yang canggih

Menyediakan latihan kepada bakal pekerja mengenai prinsip dagangan dalam mata wang asing dan memberi latihan amali mengenai dagangan mata wang asing berasaskan transaksi andaian atau tiruan dalam suasana yang dikawal oleh pengendali. Biasanya kesemua transaksi yang dibuat akan menghasilkan keuntungan

Mengambil pekerja berasaskan komisen dan mereka ini tidak diberi surat pelantikan secara formal atau kontrak yang menggariskan syarat-syarat pekerjaan
Mengatur strategi pemasaran mereka yang menjanjikan keuntungan yang tinggi dalam masa yang singkat
Menampilkan imej yang profesional dan bereputasi
Membenarkan pelabur mereka menguruskan akaun dagangan mereka melalui internet

Mempunyai peralatan urus niaga seperti skrin berita yang menunjukkan pergerakan dalam kadar pertukaran untuk memberi gambaran bahawa suatu perniagaan yang profesional dan sah di sisi undang-undang

Pelabur diminta menandatangani satu kontrak urus niaga yang biasanya adalah di antara pelabur dan syarikat induk tetapi biasanya kontrak ini dibiarkan tanpa ditandatangani.
Jangan terpedaya dengan peluang-peluang yang menjanjikan pelbagai peluang yang tidak realistik
Elakkan daripada terpengaruh dengan syarikat yang menjanjikan keuntungan besar
Berhati-hati dengan pengiriman wang melalui internet atau melalui surat
Pastikan anda mendapat rekod prestasi syarikat tersebut
Tanyakan sebarang soalan dan jangan tergesa-gesa di dalam membuat keputusan
Sekiranya anda ditawarkan pekerjaan untuk mencari bakal pelabur atau diajak untuk melabur di dalam skim sebegini, anda boleh mengalamatkan aduan anda kepada:
Jabatan Pentadbiran Pertukaran Asing
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur

Telefon: 03-26988044 ext 8211 or 8233

** Sumber: Banking Info

##A.A

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top