ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Belum tiba masanya (Perang Besar Akhir Zaman)


Belum tiba masanya
untuk sebuah negara
menjadi bebas. Lalu merdeka
dari cengkaman penguasa gila
gilakan kuasa yang ada pada telunjuknya.

Hendak kaurisaukan apa
tentang pengkhianatan yang menyelimuti mereka
terhadap bangsa yang jelas haknya
jatuh bangun atau hidup mati mereka
hidup memikul tawakal; mati membanting takwa
letaknya pasti di dalam dada mereka jua

Balas mereka

Tidak mengapa. Allah jua tempat berserah
Dalam negeri ada rusuh; tidak sekali kami gundah
selagi syahadah membaluti tubuh takkan musnah
hati terjaga; iman takkan lunyai dimamah tanah
langsung takkan berkurang. Janji Allah dipegang bersungguh.
Sabda baginda Nabi menjadi perisai nan ampuh
takkan terpisah nyawa selagi Allah tak suruh.
Sungguh!

Apa lagi yang tinggal dengan kami?
Di sini menjadi abdi waima dahulu tanah ini kepunyaan kami
digelar tuan itulah kami. Namun,
hanya ini menjadi inspirasi
kami pegang, kami genggam hingga ke hari ini
ternyata sabda Nabi ibarat kunci
bahawa yang hak kembali jua pada yang berhak;
dan yang batil songsang pasti akan lenyap!

"Tidak berlaku hari kiamat sehingga Muslimin memerangi orang Yahudi,
maka Muslimin membunuh mereka hingga orang Yahudi bersembunyi di sebalik
batu dan pohon kayu, maka batu dan kayu berkata:
'Hai orang Muslim, hai hamba Allah, ini orang Yahudi di belakangku
marilah membunuhnya', melainkan pohon Gharqad
kerana ia daripada pohon orang Yahudi."


Nukil Pena: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top