ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Wanita Pertama Malaysia [Tuanku Nur Zahirah]

(Tahukah Kita: Wanita pertama merujuk kepada isteri / permaisuri kepada seseorang ketua negara sama ada ketua negara itu bergelar presiden (Amerika), Yang Dipertuan Agong (Malaysia), sultan (Brunei), dan canselor (Jerman). Dipersilakan Menatap info wanita pertama kita yang sebenarnya.)

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dilahirkan sebagai Siti Rozita binti Adil Bakeri telah dilahirkan pada 7 Disember 1973 bersamaan 12 Zulkaedah 1393 Hijrah. Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan St. Nicholas Convent, Alor Setar dan Sekolah Menengah St. Nichols Convent, Alor Setar. Baginda pernah mengikuti kursus dalam bidang sumber manusia.

Baginda Permaisuri Nur Zahirah telah melangsungkan perkahwinan dengan Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 28 Mac 1996. Pasangan diraja ini menerima dua orang putera dan dua orang puteri. YTM Tengku Nadhirah Zaharah telah diputerikan 18 Disember 1996 dan YTM Tengku Muhammad Ismail telah diputerakan pada 1 Mac 1998. YTM Tengku Muhammad Muaz telah diputerakan pada 22 Disember 2000 manakala YTM Tengku Fatimatuz Zahra telah diputerikan pada 19 April 2002.

Baginda telah dimahkotakan sebagai Permaisuri pada 12 Julai 1998 dan dikurniakan Darjah Kerabat Terengganu Yang Maha Mulia Darjah Yang Pertama (D.K.) pada 16 Januari 1999. Baginda turut dikurniakan Bintang Kebesaran Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu Yang Amat Terpuji (S.S.M.T.) pada 9 Julai 1998. Baginda telah dimasyhurkan dengan kurniaan gelaran Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah pada 5 Jun 2005.

Seri Paduka Baginda Permaisuri Nur Zahirah telah dilantik menjadi Raja Permaisuri Agong pada 13 Disember 2006 berikutan perlantikan Seri Paduka Baginda Sultan Mizan Zainal Abidin sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.

Baginda merupakan penanung bagi Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu serta Persatuan Hospis Terengganu. Baginda juga menaungi Persatuan Pandu Puteri Terengganu, Tadika An Nur dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar, Kuala Terengganu.

Tuanku Nur Zahirah menerima Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan daripada Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) pada 4 Disember 2005 yang disampaikan oleh Canselor Kustem, Sultan Mizan pada Majlis Konvokesyen Khas di Dewan Sultan Mizan, Kustem, Kuala Terengganu.

Baginda mempunyai minat yang mendalam dalam bidang hiasan dalaman dan mementingkan ruang kemas dengan persekitaran teratur, sempurna dan bersih. Disamping itu, baginda gemar memasak terutama hidangan istimewa untuk santapan baginda sekeluarga. Antara hobi baginda yang lain adalah membaca, snorkel dan bermain badminton.


Info Tuanku Nur Zahirah dipetik dari: Wikipedia
Sertai Fan Page Tuanku Nur Zahirah di: Facebook (sila klik)

P/s: Ini jelas membuktikan bahawa wanita pertama negara bukanlah isteri kepada perdana menteri sepertimana yang diuar-uar disidangmediakan di sana sini. Kenyataan tersebut hendaklah ditarik balik, seterusnya dikembalikan kepada Tuanku Nur Zahirah, orang yang layak menyandang gelaran tersebut.

Sekali lagi aku katakan bahawa isteri Perdana Menteri bukanlah 'Wanita Pertama Malaysia' dan isteri Perdana Menteri tidak layak menggelar atau menganggap dirinya sendiri sebagai Wanita Pertama Malaysia (First Lady) kerana ia bertentangan di sisi Perlembagaan Persekutuan.

Daulat Tuanku!!!

Ulangan oleh: Ampuan Awang

3 comments :

Ibnu Jamaluddin said...

Betul tu... Tak dinafikan lagi siapa Wanita Pertama negara yang sebenar.
Bukan Mak Cik Rosmah tu yang hari itu sampai masuk TV pasal perhimpunan Wanita Pertama sedunia!
(berlagak dengan gelaran 'wanita pertama' dia tu)

Sokong kata Prof Aziz Bari(pensyarah undang-undang UIAM)
"...isteri Perdana Menteri bukanlah 'Wanita Pertama Malaysia' dan isteri Perdana Menteri tidak layak menggelar atau menganggap dirinya sebagai Wanita Pertama Malaysia (First Lady) di sisi Perlembagaan Persekutuan.

p/s: Maaf jika tak tersinggung...

Ibnu Jamaluddin said...

Daulat Tuanku!

Ampuan Awang said...

Benar! Daulat Tuanku!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top