ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Siapakah sebenarnya Id, Ego dan Superego?

Adapun insan bernama Sigmund Freud (aku tak bangga dengannya. ini sekadar contoh sahaja) mengklasifikasikan bahawa keperibadian terdiri dari tiga (3) elemen penting iaitu:
  1. Id
  2. Ego
  3. Superego

Beliau (si Freud) memberikan tumpuan yang amat sangat pada perkara yang tiga (3) ini. Dan dia melahirkan buah fikiran yang sebenarnya lebih awal di keluarkan oleh cendekiawan Islam suatu ketika dahulu, tapi sengaja nama-nama besar itu ditenggelamkan atas dasar takutkan kejatuhan pada status diri sendiri (pun EGO juga dia ni sebetulnya).

Apakah dia yang dimaksudkan dengan Id, Ego dan Superego?

Id

Dari sudut psikologi (rujuk kamus dewan) ia merupakan bahagian minda yang berhubungan dengan naluri dan dorongan bawah sedar. Contoh mudah, keinginan dan keperluan terhadap sesuatu (hal lain kena fikirkan sendiri). Atau contoh pelik, seorang budak kecil yang mahu menyusu susu ibunya pasti akan terus merengek dan menangis selagi kemahuannya tidak dipenuhi (mungkin ini lebih mudah difahami barangkali?). Disebabkan itulah Freud cuba menyelesaikan ketegangan terhadap keperluan mahupun keinginan itu dengan melahirkan prinsip kesenangan sebagai pelerai bagi sebarang masalah yang ada pada diri itu (benarkah begini teorinya? tambahlah apa yang patut. aku tumpang gembira).

Ego

Aku kurang berminat bercerita tentangnya (pun EGO juga barangkali) tapi ada baiknya kita rujuk juga kamus dewan. Ego dikelaskan sebagai persepsi seseorang tentang harga dirinya, yang seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya. Freud berkata bahawa Ego ini saling berkaitan dengan Id (seandainya Freud masih hidup, aku pasti bertanya apakah sebabnya?) kerana ia merupakan kompenan keperibadian yang kononnya bertanggungjawab menangani dengan realiti (aku masih tertanya-tanya apakah maksudnya ini?), dan sekaligus kononnya memastikan bahawa dorongan dari Id tadi dapat dinyatakan dalam cara yang dapat diterima di dunia nyata (pening aku dibuatnya).

Marilah kembali kepada kamus. Selain Ego, terdapat tujuh (7) lagi kembar kepada Ego iaitu:
  • egois (égois) 1. orang yg suka mengutamakan (menonjolkan) diri serta bermegah-megah: sbg ~, kita tidak suka dikritik.
  • egoisme (égoisme) (Psi) sikap (kelakuan) yg mementingkan diri sendiri atau menganggap diri sendiri lebih penting drpd orang lain.
  • egoistik (égoistik) bkn orang yg mementingkan diri sendiri.
  • egomania (égomania) sifat atau perasaan terlalu sayang akan diri sendiri dan mementingkan segala kemahuan diri sendiri sahaja.    
  • egosentrik (égosentrik) (Psi) bersifat mementingkan keperluan sendiri sahaja (tanpa mengendahkan keperluan orang lain).
  • egosentrisisme (égoséntrisisme) sifat atau sikap mementingkan diri sendiri sahaja tanpa mengendahkan kepentingan orang lain.
  • egotisme (égotisme) (Psi) perihal mementingkan diri.
Dipersilakan menambah sekiranya ada yang terkurang (atau yang terlebih kata).

Superego

Aduh, ingatkan Superego ini ketua sekalian Ego, rupanya tidak sama sekali. Tak perlulah aku ulas panjang, buka kamus dewan saudara di rumah. Adapun Superego (superégo) (Psi) membawa maksud bahagian fikiran bawah sedar yang sentiasa menyedarkan kita tentang kebaikan atau keburukan sesuatu, dan yang membuatkan kita terasa bersalah sekiranya kita melakukan sesuatu kesalahan (rujuk kembali sekiranya terdapat kesalahan atau sebarang pembetulan).

Cukuplah setakat ini dahulu. Kekata terakhir aku tentang Ego:

"Sampaikan salam buat 'Ego' dalam diri. Katakan bahawa dirinya itu umpama berhala halimunan yang sukar untuk dirobohkan temboknya!"

Status facebook aku

Wassalam...


Nukil yang dirasakan baik buat dunia disampaikan oleh: Ampuan Awang

4 comments :

AISHA SAAD said...

psychoanlytic theory dlm kaunseling ada benda nihhh..

so, let make our superego function better dr id yaww! heee.

Ampuan Awang said...

aisha,

terima kasih. wah, ada pakar kaunseling memberikan komentar! ;)

Rozana Razali said...

belajar soca pon ada benda ni.. =)

Ampuan Awang said...

Rozana,

wah, datang seorang lagi. dipersilakan menambah komentar bab ini. aku suka benar mendengarnya...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top