ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Seujana Ilmu Tuhan - Siapakah yang dinamakan orang Arif wahai tuan?

Seujana ilmu dititipkan
ternyata ia sebuah warisan
yang harus kita pertahankan
buat anak cucu kita kini dan masa hadapan
dijadikan pusaka membentengi iman dan ehsan
tentang kejelasan fikiran, juga cerminan kejelekan
dalam meniti zaman; dari zaman ke zaman

Seujana ilmu diperhalusi
fikrah insani seharusnya terus menjelajahi
agar dada kebal dari disetubuhi
... digauli iblis syaitan yang dilaknat Ilahi.

Hendak memulai apa menerusi intipan hati?
memulai pertanyaan apa yang melintas di lembah seni?
ada baik persoalan dimulai dengan perkara ini,
semoga ia membuka pintu hikmah dari Yang Maha Tinggi

"Yang manakah sebenarnya dinamakan orang Arif itu wahai tuan?"

Kalam menyambut soalan bersama sepuluh jawapan
Silakan mengadap satu persatu perlahan-lahan
semoga ia bisa dijadikan pedoman penunjuk jalan

Adapun yang dinamakan orang Arif itu ialah:
  • Orang yang mengenal akan dirinya.
  • Orang yang mengenal akan Tuhannya.
  • Orang yang mengenal akan segala sifat Tuhannya.
  • Orang yang mengenal akan afaal Tuhannya.
  • Orang yang mengenal akan asma' Tuhannya.
  • Orang yang mengenal akan zahir dan batin.
  • Orang yang mengenal akan baik dan jahat.
  • Suka dan duka sama sahaja bagi dirinya.
  • Tiadakan berasa gembira apabila dipuji akan dirinya.
  • Tiadakan berasa sedih apabila dikeji akan dirinya.
Ulangilah kembali perlahan-lahan
Semoga terbuka ruang pencerahan
membuka fikir sekalian kita di muka bumi
Seujana ilmu Tuhan tiadakan pernah surut
galilah... galilah... kerana ia takkan pernah habis kaugali
sampai kaupergi menemui Dia kembali!


Dinukil-olah oleh: Ampuan Awang

** Al-Fatihah buat As-Syeikh Mohammad Salleh bin Abdullah, Mengkabau di atas karya beliau. Ia membuat mataku terpana seketika. Aku dan kita semua bakal pergi jua mengadap Dia Yang Esa. Ketemu kita di sana...

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top