ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Sebatang Cangkul Buat Penebas Kepala Hamba


Sebatang cangkul buat mencangkul tebas kepala hamba
tanah di sana tiada pernah menjadi milik sesiapa
termaktub dalam kitab lama bahawa tanah ini belum bertuan
tiada siapapun bisa mengubah kebenaran;
dan inilah yang sedang kami usahakan
...
Cangkul kepala hamba - pisahkan saja dari badan
gembira tuan menyimpul tawa sindir-sindiran;
sedih hamba hilang rasa direndah-rendahkan

Binakan dinding buat penghalang para hamba berontak
naikkan bendera biru putih kibar-kibarkan
patahkan tiang bulan bintang di atas kubah
Tembok esak tangis itu kita naiktarafkan
besok menara baru bakal kita wujudkan
besok kita runtuhkan hak mereka yang kita haramkan
biarlah mereka sekadar duduk tanpa merdeka
kiranya luah marah kita cangkul kepala
darahnya kita simbahkan ke dinding esak tangisan
mutlak kuasa berada pada kekuasaan tangan
barangkali Tuhan mengiyakan
kerana kami sudah mendapat makluman
bahawa kami
tetap
akan kalah
di masa hadapan
Ya, itulah hakikat ketentuan
cangkul di tangan kami akan tetap kami lepaskan kemudian
namun sekarang akan terus-terusan kami usahakan
murni cita-cita kami bersemi mekar kalian sentiasa iya-iyakan
saudara-mara kalian mati asbab mata cangkul kami
kalian diam - sekadar memandang tanpa mahu berpegang tangan
ikatan yang kuat kalian longgar-longgarkan
akan kami noktahkan
sekalian saudara
seakidah
kalian!

Oleh: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top