ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Pulang Ke Pangkuan Tuhan


Bidadari dari mana kauketemukan kawan?
    Datang dari tepian pantaikah ia
atau dari dalam danau impian?


    Tautkanlah sentiasa bibirmu itu kawan
Pada kalimah yang ingin kaubukakan
    Jadikanlah ia sebagai pemandu
yang bakal menjadi peneman
    kala kau resah pilu berlagu



Mungkin ini pesanku
    "Ombak di laut takkan pernah
        berhenti menghempas pantai"


        Tinggal dirimu sahaja kawan
    antara dirimu dengan Tuhan
... sedang insan lain
masing-masing sibuk
dengan urusan
demi urusan
hingga
dia
aku
kamu
kita semua
kembali ke sana
berpulang ke pangkuan-Nya.

Oleh: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top