ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Need A Free Ride?

Orang kita cukup prihatin dan peka dengan keadaan, terutamanya apabila terserempak kelompok kecil golongan yang berhidung bak paruh burung atau kadang mancung terlampau berada di mana-mana lokasi unik di seluruh negeri di negara kita. Prihatin yang bagaimana? Mula-mula pastinya prihatin yang datang daripada mata, dengan pandangan mata yang cukup mesra atau kadang-kadang datang dengan mengukir senyum kambing tersipu-sipu kekononnya malu atau segan untuk bertanya ke mana, mahu ke mana kepada mereka, si hidung mancung. Kerana apa pula tersipu-sipu malu tiba-tiba? Mudahnya dijawab, kerana tidak tahu hendak berkata apa, bahasa Inggeris tunggang-langgang melintang menjadi penghalang buat mulut mengeluarkan sebarang persoalan.

Ada pula segelintir dari orang kita hanya sekadar memandang dengan penuh skema. Ada yang tersenyum melihat si hidung mancung dilanda rusuh, menanti kenderaan yang bisa membawanya ke mana saja. Tanpa sebarang bayaran! Hendak dijadikan cerita, ingin pula aku bertanya, apakah matlamat wanita berhidung mancung ini sebenarnya?

"Anah (bukan nama sebenar), mari keluar makan." mungkin soalan aku ini nampak kaku sangat kerana aku jarang mengajaknya keluar makan bersama. Bukannya apa, rakan lain telah pergi melabuh punggung di restoran bersama pasangan masing-masing. Nasib baiklah ada seorang individu lagi yang masih belum punya haluan mengisi perut di tengahari. Lalu aku ajaklah turut serta santap bersama.

"Nak makan di mana? Err, boleh kita pergi AmBank dahulu? Aku nak bayar CCM kereta aku ni? Bolehkah?" Anah tiba-tiba bertanya.

"Laa, boleh. Kan Anah tukang pandu. Dahulukan apa yang perlu. Tentang makan, nanti kita fikir kemudian di mana kita berhenti untuk makan,"

To be continued... (Mat Salleh kata)

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top