ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Cium Keris Bukan Bermaksud Perang & Dendam!


Apakah kausudah lupa
jalur keturunanmu dahulu
yang menjulang tinggi moraliti
yang menjunjung tinggi akhlak peribadi
tanpa ada sedikitpun rasa sangsi
apatah lagi menyimpan sedikit rasa geli

Apakah kausudah lupa
bagaimana cara British menginjak-injak bangsamu
yang ada dilupus hapuskan di hadapan mata
yang tiada sengaja ditambah menjadi ada
tanpa memikirkan perasaan orang-orang besarmu
tanpa memikirkan rasa luluh di lubuk sanubari bangsamu
apatah lagi mahu menjaga air mukamu sebagai tetuan di atas bumi Melayu!

Permailah warisan pusaka bangsamu
berada dalam setiap jasad anak-anak baharu
julang kembali kata-kata yang dijulang dari dahulu
Hidup Melayu! Hidup Melayu! Hidup Melayu!

Usah terlalu menurut; kerana kalian bukan tugu batu!

(**) Terima kasih buat pemilik foto menarik Minaq Jinggo, ternyata foto ini memang sesuai sekali dipaparkan untuk menyedarkan kembali bangsa Melayu yang hampir lupa diri!

Oleh: Ampuan Awang

2 comments :

New Skool said...

aduh...
jangan suka - suka cium keris dengan cara begini...

Ampuan Awang said...

aku tahu sahabat, entah kenapalah dia cium dengan cara begitu, tak takut kono racunkah? hak gambo atas tu sebonarnyo orang2 lama Pekida kot. aku tak sampailah nak cium2, aku julang saja ;)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top