ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Jalan Raya Kampung Menawo Ulu, Keningau, Sabah

Kampung Menawo Ulu termasuk dalam kawasan Parlimen Sook dan Dewan Undangan Negeri bahagian Nabawan. Dipendekkan cerita, saban tahun penduduk di kawasan ini memohon supaya jalan raya dinaiktaraf, namun hingga sekarang masih menemui jalan buntu. Penduduk menghadapi krisis yang sudah menjadi rutin harian mereka terutamanya masalah habuk ketika cuaca panas di musim kemarau panjang, dan masalah tanah berlumpur pada jalan ketika musim hujan yang berpanjangan. Apakah yang sebenarnya menjadi masalah kelambatan proses naiktaraf sedangkan kampung ini memenuhi kriteria yang cukup untuk mendapat kemudahan jalan raya? Sebelum tiba ke kampung ini kita akan bertemu dahulu dengan Pusat Latihan Dakwah, Pusat Giat Mara. Sementara di kampung berkenaan wujudnya sebuah sekolah rendah kebangsaan, masjid dan juga gereja. Pendek kata ia cukup syarat untuk mendapat jalan, malangnya jalan tidak diturap langsung sampai sekarang! Dipersilakan menatap foto di bawah ini:

















Berdasarkan sumber dari CIDB menyatakan bahawa kerja-kerja naiktaraf sudah dijalankan 1/11/2007 dengan kos perbelanjaan RM74,000. Kontrak telah diberikan, namun kesudahannya? Seperti tidak mencapai sasaran, jalan raya tetap dipenuhi debu dan berlumpur kala hujan turun. Sila lihat profil kontraktor seperti yang dinyatakan di bawah ini:








Maklumat diperoleh dari laman CIDB (Klik sini)


Rintihan seorang penduduk di dinding facebook Perdana Menteri (Klik Sini)

** Sekiranya ada jalan lain yang mengalami masalah yang sama, sila nyatakan di mana tempatnya.

Sekian [...]

Oleh: Ampuan Awang

4 comments :

My LurVe HoNey said...

semoga allah membuka mata mereka...peruntukan yang telah diberi adalah untuk pembangunan bersama...jangan gunakan duit tersebut untuk kepentingan diri..duit tu adalah duit rakyat juga rakyat yang inginkan kemajuan....kenapalah isu2 sebegini masih terjadi di bumi kita..

Ampuan Awang said...

sekiranya kita berada di tempat mereka, apakah kita juga sama keadaannya? entahlah, mungkin disebabkan terlalu ghairah dengan keindahan materi semata-mata agaknya ;)

lurV said...

MEMANG MENYAKITKAN HATI,CUMA MAMPU BERSABAR..SAMPAI KE SUDAH...TERIMAKASIH KERANA MAKAN DUIT KAMI...!!!!

Ampuan Awang said...

Cik LurV,

sabar ;)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top