ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Kaji Semula Elaun Guru Di Sabah!

Kaji semula elaun perumahan guru di Sabah

BELURAN 15 Nov. - Kementerian Pelajaran digesa mengkaji semula elaun perumahan yang diterima guru berasal dari Sabah dan bertugas di negeri ini kerana ia terlalu rendah serta tidak sesuai dengan keadaan ekonomi semasa.

Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee (gambar) berkata, guru yang berasal dari Sabah dan bertugas di negeri ini hanya menerima elaun perumahan berjumlah RM180 hingga RM250 sebulan berbanding dari Semenanjung dan Sarawak di antara RM730 hingga RM830.

"Elaun perumahan yang diterima oleh guru berasal dari Sabah terlalu rendah dan tidak cukup untuk membayar sewa rumah yang lebih tinggi daripada jumlah itu.

"Justeru, sudah tiba masanya Kementerian Pelajaran mengkaji semula elaun perumahan kepada guru yang berasal dari Sabah dan bertugas di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan (SK) Kolapis dekat sini semalam.

Ronald yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata, kajian semula jumlah elaun perumahan yang diberikan kepada guru berasal dari Sabah itu penting bagi memastikan kebajikan guru tempatan dibela.

Katanya, ia juga penting bagi mengelak pandangan negatif sesetengah pihak dan mengelak ia dijadikan modal untuk menghentam kerajaan sedia ada.

Beliau menambah, isu berkaitan elaun perumahan itu sudah lama diluahkan oleh guru-guru berasal dari Sabah tetapi sehingga kini belum diambil perhatian.

Justeru beliau berharap, Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan isu berkenaan selari dengan hasrat kerajaan memartabatkan profesion perguruan dan meningkatkan kualiti pendidikan di luar bandar.

"Pada masa ini sukar untuk mendapatkan sewa rumah di bawah kadar RM250. Kebanyakannya mencecah RM300 hingga RM700," katanya.

** Sumber: ARKIB UTUSAN 16/11/2010

P/S: Aku sekadar mahu melempar sebuah pertanyaan. Apakah nilai elaun guru yang berasal dari Sabah tapi bertugas di negeri lain di semenanjung menerima kadar elaun yang serupa? Jikalau serupa, nampak sangatlah guru-guru di Sabah ini dianak-tirikan secara langsung dan terang-terangan!

Si Tukang Canang: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top