ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Istilah Mati Dalam Empat Isi Seni Warisan Melayu


Kukerapkan jemariku ulang mengulang – bait pesan gurunya lima pahlawan
    yang mana ia penting tuk dijadikan pedoman – buat bekalan di jalanan – adapun pesan itu mulanya berbunyi:

                “Mati gerak kerana pukul
                Mati pukul kerana langkah
                Mati langkah kerana silat
                Mati silat kerana silap”

    Bakal mati hampir segala gerakmu, kaku kerana pukulan sampai kala
dirimu baru mempersiap gerak tuk bergerak – ke kiri mahupun ke kanan.
    Kendatipun pukulanmu padu dan jitu, ia bakal dipatah sebaik sahaja
kaki memulai dengan berlangkah – langkah kiri kanan mahupun depan juga                                             belakang.
    Kini langkah juga bakal dimatikan – sebaik sahaja tari berseni menggerakkan tubuhmu bersilat – sudahnya pasti ada silau; menjadi umpan                            kala dirimu mulai menyerang.
    Akhirnya, asbab membelakangkan akal dalam pertempuranmu – kau
Terjerumus ke lembah ‘Silap’. Dan ‘Silap’lah menjadi teman sepencarian – selagi kau tak mencari diri berpulang ke jalan abadi – menuju Tuhan Rabbul Izzati...


Dinukil Oleh: Ampuan Awang

2 comments :

cemomoi said...

patah lidah alamat kalah
patah keris alamat mati

pesan orang tua-tua kita

Miss Fireflies said...

like this!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top