ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Ikan Haruan lebih ganas daripada Piranha?

Aku tak sangka sungguh. Sungguh tak aku sangka (dua kali ulang ayat yang sama) bahawa ikan Haruan atau Gabus atau nama saintifiknya 'Channa striatus(Bloch)' dilabel sebagai ikan karnivor di dalam sungai disamping nama gahnya 'Killer Snakehead'. Aku maklum benar dengan spesis ikan jenis ini, banyak khasiatnya bagi mereka yang tahu tentangnya. Dan kini aku tiba-tiba terkejut bangga sebaik sahaja mendengar ceritanya di saluran Discovery semalam (dah berulangkali  siar pun!) yang menganggapnya sebagai ikan yang paling buas, dan dikatakan lebih brutal daripada Piranha! Wah, hebat! Aku gembira bersebab kerana kampung aku popular dengan ikan ini. Ramai juga pengunjung dari luar datang memancing ikan di sungai yang dah tak serupa sungai (lebih banyak rumput dari airnya). Perihalnya yang lain, ada baiknya sahabat sekalian menatap sendiri kebrutalan si Haruan atau Killer Snakehead beraksi membaham mangsanya di dalam sungai (kita pun mampu dibahamnya kot?).









P/S: Sila klik foto (kecil) di atas. Saksikan sendiri dari laman Pak Cik Youtube


Oleh: Ampuan Awang

2 comments :

amar haziq said...

kan ada peribahasa bunyi macam ni

"seperti haruan makan anak"

anak dia pun kena makan..ganas lah tu,haha

=>

http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/

Ampuan Awang said...

amar,

dalam status fb, aku taip begini:

Haruan lebih buas daripada Piranha? Pertama kali aku dengar sebab haruan ini selalu aku makan. Kalau benarlah Haruan lebih brutal, bermakna tak salahlah orang tua kata "Bagai Haruan makan anaknya..." Wah, kejam! :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top