ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Follower blog bergelar Dato' vs Insan tak terkenal?

Dato’ Baha Zain – Nama sebenar beliau ialah Baharuddin Zainal. Beliau merupakan tokoh Bahasa Melayu dan sastera yang cukup disegani. Beliau pernah menjawat pelbagai jawatan di DBP termasuk Timbalan Ketua Pengarah DBP bermula dari tahun 1963 – 1984. Kini beliau menjawat jawatan sebagai Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA). Dato’ Baha turut aktif mewakili Malaysia dalam pelbagai persidangan antarabangsa berkaitan bahasa dan sastera. Beliau turut menerima Anugerah SEA Write oleh Kerajaan Thailand pada 1980. Buku-buku puisi beliau begitu mendapat tempat dihati penggemar sastera dan yang terbaru buku beliau bertajuk ”Menangguhkan Kebenaran dan Puisi-puisi Lain” telah diterjemahkan ke dalam bahasa Sepanyol. ** Dipetik dari sumber: Sol-Dadu


Komentar Aku:

Apa sebenarnya yang menarik perhatian aku sebenarnya? Sila perhatikan dengan jelas Followers seorang insan bergelar Dato'. Ramaikah??? Adapun angka 55 Followers itu termasuklah aku sendiri. Seandainya kita memiliki di atas 10 ribu, apakah dengan bilangan sebesar itu melayakkan diri kita secara automatik menerima gelaran 'Dato' atau lain-lain gelaran yang ada di Malaysia? Pernahkah ada blogger dianugerahkan gelaran hanya kerana dia seorang blogger? Sekiranya ada, sila nyatakan butir peribadi beliau. Teringin pula aku nak letak biodatanya dalam blog aku ini dengan segala hormatnya.

Blog aku ini tiada barang yang hendak aku banggakan sangat. Tentang Follower pula bagi aku bukanlah menjadi matlamat utama aku berblogging. Apa yang penting bagi aku, maklumat berguna yang nak disampaikan. Itu saja. Blog akupun blog picisan. Aku sedar akan kepicisanan blog yang aku bina atas nama blogspot ini. Dan atas kesedaran itulah aku sekadar ingin menyalur informasi tanpa lupa memberikan kredit buat blogger lain yang kebetulan aku ulang siar kembali (tangkap muat) sebagai tanda menghargai tuan empunya rumah (blogger2 yang lain di muka bumi.). Satu lagi, blog aku kurang komentar (benar, hampir tiada komen)? Alangkah bahagianya hidup sekiranya tidak diberi sebarang komentar di blog. Aku suka. Mengapa? Masing-masing punya alasan tersendiri dalam setiap tindakan yang mereka perbuat. Followers oh Followers, perlukah aku mengharapkan sangat bilanganmu bertambah dari hari ke hari? Apakah jumlah 212 dalam senarai Follower aku kini bisa mencapai jumlah 2000 orang? Takkan mungkin. Aku tak percaya langsung (lagipun manalah ada orang yang nak baca blog yang sarat dengan puisi-puisi.)!

Postingan Pantas oleh: Ampuan Awang

3 comments :

mie said...

wah!!
terpegun...hehehe

Ampuan Awang said...

mie,

ya, sahabat. aku terpegun yang amat :)

aleeya husnan said...

Hamba pembaca puisi yang tegar..
Walaupun tidak jadi follower tuan hamba, arjuna..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top