ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Firman Tuhanku, Tuhan kamu tentang celakalah pengumpat dan pencela!

Tuhanku, Tuhan kamu, Tuhan sekalian kita manusia
melalui firman dalam kitab suci-Nya:

“Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela.” (Al-Humazah: ayat 1)

Tuhan berfirman lagi,

"Dan jangan pula setengah kamu mengumpat yang lain, sukakah salah seorang kamu, bahawa dia memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkai)? Maka tentu kamu tidak suka memakannya." (Q.S. Al-Hujurat: 12)

Tidak cukup dengan itu, ditambah-Nya lagi,

“Dan fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan.” (Al-Baqarah: ayat 191)

Lalu apa yang kita perbuat?
hari demi hari kita lalui penuh noda
hari demi hari kita berasa semakin gembira
hari demi hari racun-racun subur kita taburkan
hari demi hari damak-damak berbisa kita hamburkan di jalanan
kita semakin girang tanpa beralas langsung melempar segala cuca
kekononnya kita ini orang yang benar; kebenaran mesti bongkar
meski ia terpaksa membuka aib kerabat sendiri
apa yang penting lunas sudah hajat di hati
biarlah putus saudara bercerai mati di liang lahad

Lupakah kita bahawa...
hayat yang kita kandung ini
tiada kita ketahui tempoh luputnya
petang ini, malam ini atau sekarang ini
barangkali kita bisa pergi tanpa perlu memohon lagi
janji Tuhan tiada bisa kita patahkan langsung walau sekali.

Pergi tetap pergi...
Mati tetap mati...
Namun, sebaik sahaja kita kisahkan persoalan mati
apakah kita ambil iktibar?
atau sekadar membuang suara halus dari kanan telinga
meluru laju keluarnya di lubang kecil telinga kiri?
Ahh! Kita memang tiada pernah sedar barang sekali!


Nukil Rasa oleh: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top