ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Dan Bila Alam Merajuk

Dan bila alam merajuk
Oleh tangan-tangan terkutuk
manusia semua jadi mabuk

tatkala itulah manusia mula sibuk
membuka kitab mencari petunjuk
dan barulah nama Tuhan ditunjuk-tunjuk
dengan impian alam dapat dipujuk

setelah sekian lama nama Tuhan tiada dalam senarai golongan VVIP
di sebalik yang bergelar RajaSultanTuanTanSriDatukSeri
inilah sang penguasa terkenal bistari
menciptakan kebinasaan alam di hujung jari
alam diperkosa bergotong-royong setiap hari

kuasa di tangan mereka
kisah Kongkalikung di jaja
konon ini dekri Sang Menteri Raja
Untuk membangun rakyat jelata

Bunglow tiga tingkat dengan kolam renang sekali
Lapangan golf dengan rumput import dari Itali
Bar karoke dibina menghiburkan hari
Juga SPA bagi si pemalas buang daki sendiri

Mencereterakan dongeng nenek Si kebayan
Demi pembangunan alam perlu dikorbankan
Hutan dan bukit dirogol digondolkan
Laut ditambak menambah daratan
Nafsu Kapitalis lupa kain kapan

Inilah tanda, segala kekeliruan fikiran
Menimbun harta lupa dengan kain kapan
Alam merajuk dengan sebab tangan insan
Panas kemarau dengan hujan rebut taufan
Tiada pakar dapat meneka dengan meramalkan

Alam mula dipujuk
Dengan retorik berhabuk

Dan setiap kali itulah sang oportunis berbondong-bondong muncul
Mengaku mereka pejuang pencita Alam, orang lain kacul!

Tukang media berkompang serata negeri
Karam Sing dengan peribahasa tak kering gusi

Tukang sedekah mempromosi diri meriak simpati
Memujuk alam dengan sekeping cek gergasi

Tukang doa menjual ceramah dengan air liur dibayar
Memujuk alam dengan temberang di kampong Felda

Tukang muzik terpekik terlolong membuat onar
Memujuk alam dengan muzik hingar-bingar

Bila Sang Raja Menteri
Dengan lagak pakar geografi
Berucap melancarkan kempen selamatkan bumi
Menyalahkan alam merajuk disebabkan petani
Tiada peka dengan kempen selamatkan bumi

Dan bila alam merajuk
Talak yang tak boleh rujuk
Tiada kuasa dapat membujuk
Tatkala itulah alam akan terus mengamuk!

Nukil Pena: Don Juan 2010 (Don Juan John Doe)

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top