ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Borneo Volkswagen Jamboree 2010

Terus terang aku katakan awal-awal bahawa postingan ini dibuat dengan kadar segera. Dan fakta yang aku kemukakan bersumberkan Wikipedia. Inilah dia Volkswagen, kenderaan atau lebih popular dengan jolokan kereta Kura-kura (entah sama atau tidak di tempat kalian tinggal?). Adapun foto ini aku perolehi secara kebetulan ketika keluar berlibur bersama isteriku pada hari sabtu 27/11/2010 di Pekan Ranau bersempena dengan Borneo Volkswagen Jamboree 2010.

Volkswagen Beetle:

Volkswagen Type 1, lebih dikenali sebagai Beetle atau Bug, adalah model kereta ekonomi yang dihasilkan oleh pengeluar kereta Jerman Volkswagen dari tahun 1938 sehingga 2003. Walaupun nama "Beetle" and "Bug" diterima ramai dalam masa yang singkat, hanya pada bulan Ogos 1967 barulah VW menggunakan nama Beetle untuk pasaran Amerika Syarikat. Di Britain, VW tidak pernah menggunakan nama Beetle secara rasmi. Sebelum ini ia hanya dikenali sama ada "Type I" ataupun 1200, 1300 atau 1500, yang merupakan nama yang digunakan di dalam pasaran Eropah; nombor tersebut merujuk kepada saiz enjin dalam sentimeter padu. Pada tahun 1998, selepas model asal sudah lama dihentikan pengeluarannya bagi sebahagian besar pasaran dunia (tetapi masih dikeluarkan di Mexico sehingga tahun 2003) VW memperkenalkan model "New Beetle" (dibina berasaskan platform Volkswagen Golf), menampilkan keserupaan kosmetik kepada rupa bentuk asal.

Sejarah:

Bermula tahun 1931, Ferdinand Porsche dan Zündapp membangunkan "Auto für Jedermann" (kereta untuk semua orang), pertama kali nama Volkswagen digunakan. Porsche lebih gemar menggunakan enjin 4 silinder rata sejukan udara, tetapi Zündapp menggunakan enjin jejari 5 silinder sejukan cecair. Pada tahun 1932 tiga prototaip telah berjaya diuji[1]. Kesemua kereta tersebut telah hilang semasa perang; yang terakhir telah hilang pada tahun 1945 di Stuttgart semasa serangan bom.


VW Beetle 1967:

Volkswagen Beetle telah melalui perubahan ketara bagi model tahun 1967. Sementara kereta tersebut kelihatan sama seperti model asal, sistem aliran kuasanya telah dipertingkatkan. Antara perubahan pada Beetle termasuklah enjin yang lebih besar pada tahun berikutnya. Kuasa kuda telah ditingkatkan kepada 37 kW (50 hp) pada tahun sebelumnya, dan pada tahun 1967 kuasa enjin telah dipertingkatkan lagi kepada 40 kW (53 hp).

Keluaran penjana elektrik telah meningkat dari 180 kepada 360 watt, dan sistem elektrik dipertingkatkan daripada sistem 6 volt kepada sistem 12 volt. Saiz cakera klac juga telah meningkat, dan perubahan turut dilakukan pada roda tenaga, sistem brek dan gandar belakang. Peralatan wajib baru termasuklah pengelap cermin hadapan 2 kelajuan, lampu sandaran, alas lengan pemandu pada pintu, punat pengunci pada pintu, lampu hadapan serta cermin sisi di bahagian pemandu.

Harga bagi model tersebut ialah AS$1,640 dengan berat 840 kg (1850 lb) yang merupakan berat lazim bari kereta buatan Eropah pada masa tersebut. Kelajuan maksimum ialah 130 km/j (82 bsj), mencukupi bagi dipadankan dengan had laju maksimum 110 km/j (70 bsj) di lebuh raya Amerika Syarikat.


Beetle Baru:

Pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa Amerika Utara 1994, Volkswagen menampilkan "Concept 1", kereta konsep dengan reka bentuk futuristik tetapi mirip model Beetle asal. Reaksi yang menggalakkan di kalangan orang ramai menyebabkan syarikat mengeluarkan kereta tersebut, dan pada tahun 1998, 20 tahun selepas Beetle terakhir dijual di Amerika Syarikat, Volkswagen melancarkan Beetle Baru, direkabentuk oleh Mays dan Freeman Thomas di studio reka bentuk syarikat di California.

Beetle Baru dikeluarkan di kilang VW di Puebla, Mexico di mana, ironinya, barisan terakhir pengeluaran model Beetle lama dengan enjin sejukan udara dihentikan bagi membolehkan model Beetle Baru yang berasaskan Golf dikeluarkan.

Beetle Baru, dengan enjin (sejukan cecair) di hadapan kereta yang dipacu roda hadapan, hanya berkait dengan model asal pada nama, bentuk umum serta beberapa reka bentuk. Ia adalah sebuah kereta moden berasaskan platform Volkswagen A.

** Sumber: Wikipedia

Di antara Volkswagen yang menarik!






Oleh: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top