ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Ayah Pin Kembali?

BESUT: Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Shukri Dahlan semalam menafikan laporan dua buah akhbar bahawa ketua ajaran sesat Ariffin Mohamad atau dikenali sebagai Ayah Pin kembali bergerak aktif di Hulu Besut dan sedang mengumpul pengikutnya.

Katanya pemantauan polis mendapati tiada sebarang kegiatan berlaku di perkampungan peninggalan Ayah Pin di Batu 13, Hulu Besut.

“Polis percaya buat masa ini Ayah Pin masih berada di negara jiran,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Raya di Ibu Pejabat Polis Besut di Kampung Raja di sini semalam.

Dua buah akhbar itu semalam melaporkan Ayah Pin, 70, dikesan aktif menghidupkan kembali apa yang dikenali sebagai ‘Kerajaan Langit’ pimpinannya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, di sini.

Menurut laporan akhbar itu, pengikut Ayah Pin yang hadir itu ada antaranya datang dari Selangor, Pahang dan Johor dengan menaiki pelbagai kenderaan mewah.

Tinjauan Bernama di perkampungan berkenaan mendapati keadaan di situ tenang dan beberapa penduduk menjalani kegiatan masing-masing.

Namun beberapa penduduk luar dan orang tertentu mendakwa masih wujud kegiatan yang meragukan di perkampungan itu terutamanya pada hari Ahad.

Mereka meminta pihak bertanggungjawab menyiasat kegiatan itu secara terperinci.

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu Datuk Shaikh Harun Ismail yang dihubungi enggan mengulas tentang perkara itu. — Bernama

** Sumber: Borneo Post

P/S: Ayah Pin keluar dari tempat persembunyiannya di langit? Benarkah? Angin dah meniupkan khabar berhawa panas ke seluruh alam maya, namun kebenarannya? Andai cerita yang diuar-uarkan tidak benar, siapa pula yang duduk bersembang menyampai tazkirah di kedai kopi di sana (seperti mana yang diberitakan)? Bijak benar Ayah Pin, kepintarannya berjaya menarik ramai orang-orang bijakpandai, dan menukarkan gelaran bijakpandai itu kepada bodohdungu. Wah!

Ulang Siar ikut tempo oleh: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top