ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Apakah ini kisah yang harus aku teladani?


Sangka Baik: ada yang pulang berakhir menjadi baik dan ada pula yang menjadi lebih teruk dari sebelumnya.

Tarikh kepulangan mereka yang pergi ke Tanah Suci hampir dekat. Aku doakan sekembalinya sekalian hamba dari Tanah Suci itu benar-benar suci, dan semoga ibadah mereka di sana diterima, seterusnya dilipat-gandakan segala amalan beribu-ribu kali lipat! Amin Ya Rabbal Alamin...

Namun, dalam keriangan saudara2 kita yang telah sampai hajat menunaikan rukun yang kelima itu, apakah ada cerita yang bisa dikongsi bersama? Kisah selipar hilang di Masjidil Haram, apakah ada versi cerita seperti ini? Kisah isteri tersesat akibat terlampau sibuk membeli-belah, mendahulukan perkara yang tidak sepatutnya? Atau apakah ada yang lebih hebat dari itu? Biarlah, barangkali ada baiknya kisah di Tanah Suci ditutup dahulu bagi memberi ruang kepada kisah seorang Haji yang kembali menyarung tabiat asal sebelum ia pergi ke Tanah Suci Mekah. Nauzubillah. Beginilah bingkisannya:

Haji X, sebelum beliau bergelar HAJI (sebenarnya gelaran ini tak termaktub pun dalam hal halal, haram, sunat, sunat, makruh mahupun harus. Ia sengaja dinaiktarafkan oleh orang kita kekononnya menjadi petunjuk bahawa mereka telah berjaya menunai rukun Islam yang kelima itu. Marilah kita berfikir secara logik akal sebagai contoh, bagaimana sekiranya Tun Mahathir menggunakan gelaran 'HAJI' bersama gelaran panjang yang ada pada pangkal nama beliau? Pasti menyulitkan keadaan. Entah mengapa orang kita terlalu memberatkan soal gelar-gelaran sedangkan gelaran yang disandang tak dipandang langsungpun pada pandangan Allah SWT), beliau merupakan seorang yang kaki EKOR. Waimapun beliau datang dari jenis sebegitu, Alhamdulillah, hajat beliau tetap dikabulkan, dan beliau dapat jua menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

Apakah yang terjadi sekembalinya beliau dari Tanah Suci? Sila lihat kenyataan di bawah ini:

1. Bulan pertama, kedai EKOR langsung tak dipandang kerana status diri hangat diperkatakan.
2. Bulan kedua, kedai EKOR mula ditutup sebelah mata tanpa dia rela mahu menutupnya.
3. Bulan ketiga, lalu dan mengerling pandang ke arah papan tanda berulang kali ulang dan ulang.
4. Bulan keempat, tegak berdiri memandang papan dan akhirnya mulai membeli EKOR!

Apakah kenyataan ini sebenarnya berbaur hukuman buat HAJI yang berkenaan? Tidak. Ini bukan hukuman buat beliau. Ia sekadar sebuah rentetan kehidupan bahawa gelaran yang kita dapat bukanlah sesuatu yang mutlak milik kita (lihat entri sebelum ini). Tanyaku kepada diri sendiri:

"Apakah aku ingin menjadi seperti begini? Insan sebeginikah yang harus aku teladani?"

Dan pertanyaan itu bersimpang-siur bersinggah dalam fikiran aku. Dan hinggalah sekarang aku masih belum mempunyai sebarang jawapan bagi persoalan yang aku ajukan buat aku dan juga kamu (kita semua).


Dinukil oleh diri yang tiada punya apa-apa: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top