ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Rahim Kajai: Keunggulan Politik Dan Kemajuan Ekonomi Melayu

ABDUL RAHIM KAJAI DENGAN KEUNGGULAN POLITIK
MELAYU DAN KEMAJUAN EKONOMI MELAYU

(Satu Tinjauan Ringkas Tentang Rencana Pengarang Akhbar Majlis)
Oleh: Md. Salleh Md. Gaus

Abdul Rahim Kajai dilahirkan di Setapak, Kuala Lumpur, pada tahun 1894 dari sebuah keluarga Melayu yang berasal dari daerah Kajai, Minangkabau, Sumatera.Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Setapak sehingga darjah lima dan mendapat tawaran melanjutkan pelajaran kesekolah Inggeris. Oleh sebab Abdul Rahim Kajai tidak mahu menerima pelajaran Inggeris, keluarganya telah menolak tawaran itu dan menghantarnya ke Mekah untuk mempelajari Ugama Islam dan Bahaasa Arab disana selama tiga tahun (1906-1909).

Sekembalinya dari Mekah Abdul Rahim Kajai bekerja sebagai pengatur huruf Melayu di Pejabat Cap Kerajaan di Kuala Lumpur dan kemudiannya bekerja pada sebuah percitakan di Singapura sebagai pengatur huruf Inggeris. Pada tahun 1913 dan kemudiannya sekali lagi pada tahun 1924 beliau telah pergi ke Mekah untuk menguruskan perniagaan bapanya dan menjadi Sheikh Haji disana. Abdul Rahim Kajai mula menulis pada tahun 1917 pada akhbar Utusan Melayu dan Lembaga Melayu, kedua-duanya diterbitkan di Singapura. Kemudiannya semasa berada di Mekah beliau menjadi wakil wartawan bagi akhbar Utusan Zaman yang diterbitkan di Pulau Pinang. Sekembalinya dari Mekah, Abdul Rahim Kajai dilantik sebagai penulis khas bertempat di Kuala Lumpur kepada akhbar Saudara yang diterbitkan di Pulau Pinang, dan kemudian menjadi Ketua Pengarangnya pada 30hb. Ogos 1930. Meletakkan jawatan dari Saudara, beliau memimpin akhbar Majlis yang diterbitkan di Kuala Lumpur sebagai Ketua Pengarangnya yang pertama selain dari pemberita dan pentahsih pada 17hb. Disember 1931. Tidak puas hati dengan Majlis, pada bulan Februari 1935 Abdul Rahim Kajai berpindah ke akhbar Warta Malaya yang diterbitkan di Singapura pada mulanya sebagai wakil, kemudiannya sebagai Ketua Pengarangnya. Semasa di dalam Warta Malaya beliau juga memimpin akhbar Mingguan Warta Aliad dan Warta Jenaka.

Pada tahun 1939 Abdul Rahim Kajai menjadi Ketua Pengarang akhbar Utusan Melayu yang diterbitkan di Singapura sehingga tahun 1941. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu beliau diarahkan oleh pemerintah Jepun memimpin akhbar Perubahan Baru dan kemudiannya menjadi pengarang pada akhbar Malai Shitnbun Sya sehingga beliau meninggal dunia pada 5hb. Disember 1943.

1 Riwavat Hidup Abdul Rahim Kajai dipetik dari Ismail Hussain, "Abdul Rahim
Kajai", Dewan Ballasti, Disember, 1959; Ramli Leman Soemowidagdo, "Haji Abdul Rahim
Kajai",Deviati Sosterā, April 1972; dan, Ali Haji Ahmad, "Ringkasan Riwavat Hidup Abdul
Rahim Kajai, Ketua Pengarang Malai Sliimbun Sya", Dewan Bahasa, Mac, 1959.

Berdasarkan huraian di atas, kita dapat melihat Abdul Rahim Kajai sebagai seorang wartawan yang mempunyai banyak pengalaman di dalam lapangan kewartawanan dan sejak kecil lagi telali dididik dengan nilai-nilai ugama Islam dan benci pada unsur-unsur asing. Lebih penting lagi pemergiannya ke Mekah bukan sahaja menambah pengetahuan ugama Islam tetapi juga pengalaman berbeda dari wartawan-wartawan lain pada masa itu. Di Mekah kemungkinan besar Abdul Rahim Kajai 1 menerima gagasan-gagasan pembaharuan Islam, dan sebagai seorang Sheikh Haji beliau berpeluang bergaul dengan jemaah Haji dari Nusantara terutamanya Indonesia. Perkara-perkara ini membantu menajamkan keintelekannya di samping memperkuat semangat keMelayuan dan kelslamannya.

Kedua-dua unsur ini terjelma dalam tulisan-tulisannya terutama semasa dan selepas menjadi Ketua Pengarang Majlis. Sebelum menjadi Ketua Pengarang Majlis, Abdul Rahim Kajai telah menulis rencana-rencana, berita-berita dan mengendalikan rencana pengarang akhbar. Mengikut Abdul Rahim Kajai sendiri rencana-rencana yang ditulisnya itu berbentuk keagamaan dan kemasyarakatan. Selain dari itu, oleh sebab terpengaruh dengan Syed Sheikh al-Hadi, beliau telah menghasilkan tiga jilid nobel terjemahan berjudul Hikayat Dzul-Ruhain.
Semasa menjadi Ketua Pengarang Saud ara rencana-rencana Abdul Rahim Kajai masih menitikberatkan soal-soal ugama dan kemasyarakatan. Mengikut seorang pembaca yang menamakan dirinya 'Ulama Kuala Kangsar',

"..... .memperhatikan buah fikiran tuan [Abdul Rahim Kajai] pada masa tuan menjadi pengarang Saud ara di dalam tahun lalu apa yang tuan bentangkan selalu juga saya fahamkan, sepanjang pengetahuan saya banyak juga pekerjaan tuan membazir kerana
nampaknya tuan lebih suka menghilangkan masa menulis hukum sunnah dan ibadah dan talkin, talfaz dan bahniah pada fikiran saya ini tulisan sudah basi bahkan sudali berkulat "2

Kebenaran 'Ulama Kuala Kangsar' itu diakui oleh Abdul Rahim Kajai sendiri. Sebagai menjawab tulisan itu beliau menulis,

"Boleh jadi kita tidak akan mengulang apa yang kita ['Ulama Kuala Kangsar'] katakan telah basi itu tetapi kita mesti berjalan di atas haluan yang akan mendatangkan menafaat bagi ......kaum di mana mesti beserta dengan ugama kerana keselamatan hidup di dunia itu tidak akan sempurna jika tidak selamat perjalanan akhirat "3 .
Berdasarkan keterangan di atas menunjukkan sebelum menjadi Ketua Pengarang Majlis Abdul Rahim Kajai menulis mengenai ugama dan perkara-perkara ekonomi dan politik tidak ditulis, walau pun sejak tahun 1926 lagi minatnya pada politik sudah ketara apabila pada tahun tersebut beliau memohon menjadi ahli
Kesatuan Melayu Singapura.4 Ketiadaan tulisan-tuiisannya yang menyentuh

2 Majlis, 17hb. Disember, 1931.
3 Ibid.
4 Pada tahun 1926, semasa berada di Mekah, Abdul Rahim Kajai telah memohon
untuk menjadi ahli Kesatuan Melayu Singapura tetapi permohonannya itu ditolak kerana
beliau tidak dilahirkan di Singapura. Lihat W.R. RofF, The Origins of Malay Nationalism,
University of Malaya Press, Singapore, 1967, hai. 170.

soal-soal ekonomi dan politile pada masa itu mungkin kerana pengetahuan dalam bidang-bidang itu terhad. Tambahan pula beliau dididik dalam bidang keagamaaņ dan sewajarnyalah tulisan-tulisannya pada peringkat awal itu hanya menyentuh perkara-perkara ugama. Keadaan negeri-negeri di Tanah Melayu pada masa itu juga tidak menggerakkan penulis-penulis menulis dalam bidang-bidang itu, kerana pada masa itu akbbar-akhbar berminat mengisi ruangannya dengan rencana-rencana menegenai pertentangan faham kaum tua dan kaum muda. Mengikut Nik Ahmad bin Nik Hassan minat akhbar-akhbar pada politik bermula pada tahun-tahun 1930an.5

Oleh sebab itu semasa memimpin Sondara Abdul Rahim Kajai turut serta menulis mengenai pertentangan Kaum Tua-Kaum Muda itu.6 Bagaimana pun perubahan pada kandungan tulisan-tulisannya hanya ketara samasa beliau memimpin Majlis. Pada usia ini, di samping menulis mengenai perkara-perkara ugama Islam, beliau juga memberi perhatian pada soal-soal ekonomi dan politik. Akhbar Majlis dicitak dalam tulisan jawi dan diterbitkan dua kali seminggu oleh Selangor Press di bawah pengurusannya Amran bin Abdul Rashid. Akhbar ini mendorong cogankata 'Perkhabaran, Persatuan, Fikiran, Perniagaan Melayu'.

Dalam sebuah rencana muka depan keluaran pertama ini berjudul "Melayu" Abdul Rahim Kajai menulis Majlis sebagai sebuah 'akhbar kebangsaan' yang bertujuan 'supaya menepati kehendak dan muslihat bangsa kita Melayu, watan dan ugamanya'. Dalam keluaran Majlis yang sulung itu juga dan di bawah tajuk
yang sama, Abdul Rahim Kajai menulis,

"Kalimah 'Melayu' Ia itu kalimah bangsa kita yang utama sekali yang boleh mempersatukan anggota kita di dalam semenanjung ini dan kalimah 'Melayu' itulah kelak yang akan memperkokohkan pendirian kita di dalam golongan siasah dan ekonomi negeri kita dan dengan lain-lain perkataan bahawa dengan ketunggalan kalimah 'Melayu' itulah kita akan mempersisihkan bangsa asing yang datang berketurunan ke negeri kita ini dan dengannyalah
kelak kita serta mempertahankan dia."7

Keluaran pertama Majlis, ternyata dari cogankata yang didokongnya dan rencana muka depan yang bertajuk "Melayu" itu, telah memperlihatkan hasratnya mahu menjadi jaguh orang-orang Melayu melalui pena Abdul Rahim Kajai. Abdul Rahim Kajai secara langsung dan tegas menyentuh perkara-perkara pokok mengenai orang Melayu iaitu politik Melayu dan ekonomi Melayu. Abdul Rahim Kajai menyedari kedudukan orang Melayu dari segi ekonomi dan politik berbanding dengan kaum-kaum mendatang. Perpaduan dan kesatuan adaiah penting untuk mencapai kekuatan ekonomi dan politik dan ini mengikut Abdul Rahim Kajai
dapat dicapai melalui kalimah 'Melayu'!

5 Nik Ahmad bin Nik Hassan, "The Malay Press", JMBRAS, Jil. 36, Bhg. I, 1963,
hai. 53.
6 Ismail Hussain, op cit., hai. 586.
7 Majlis, 17hb. Disember, 1931.
8 Majlis, 19hb. Mac, 1934.

Selaku Ketua Pengarang yang boleh mencorakkan peribadi Majlis, Abdul Rahim Kajai di dalam keluaran yang pertama ini tel ah membayangkan minatnya menulis mengenai politik dan ekonomi orang Melayu. Semasa lebih dari tiga tahun sebagai Ketua Pengarang, sehinggalah beliau meninggalkan Majlis pada lhb. Februari 1935, beliau telah mengisi ruangan rencana pengarang denganperkara-perkara yang melibatkan negeri-negeri di Tanah Melayu umumnya dan orang-orang Melayu khususnya. Berhubung dengan kedudukan orang Melayu dalam ekonomi dan politik di Tanah Melayu pada masa itu beliau menulis,

" orang-orang Melayu terpaksa hidup tidak bermodal, kampung halaman datuk neneknya tergadai, terjual dan terlelong, sengatnya majal, lidahnya tawar, maruahnya hilang dan terlebih
men)'edihkan sekali ialah melihatkan keadaan orang Melayu pada masa ini umpamanya menumpang di rumali yang dipunyainya semalam dan terpaksa menampi dedak orang nak mengisi periok."8
Bagi Abdul Rahim Kajai, orang-orang Melayu bukan sahaja tidak lagi mempunyai pengaruh tetapi kepentingan-kepentingan ekonomi mereka juga terjejas. Tidak berpuas hati dengan sekadar menghuraikan saja kedudukan orang-orang Melayu, Abdul Rahim Kajai juga menerangkan sebab-sebab kemunduran itu dan cara-cara mengatasinya. Antara lain Abdul Rahim Kajai menyalahkan orang-orang Cina dan India yang menyebabkan keadaan ekonomi Melayu semakin merosot. Kalau dahulu perusahaan tempatan berada didalam 'genggaman' orang-orang Melayu, tetapi kini perusahaan itu berpindah ketangan orang-orang India dan Cina. Dalam sebuah rencana pengarang Majlis bertarikh 20hb. Disember 1934, beliau mengatakan 'semakin banyak orang dagang datang semakin sempit penghidupan rakyat'.

Dalam sebuah rencana pengarang yang lain bertajuk, "Mata-pencarian Anak Negeri Wajib Dikawal Dan Disokong", pengarang menyalahkan kerajaan Inggeris di Tanah Melayu kerana tidak berusaha melindungi mata pencarian orang-orang Melayu dari ancaman orang-orang Cina dan India.9 Kaum-kaum mendatang mempunyai pengalaman dan kemahiran yang lebih dalam perniagaan dan perusahaan dan sudah sewajarnyalah tidak dapat ditandingi oleh orang-orang Melayu. Kemunduran orang-orang Melayu juga, mengikut Abdul Rahim Kajai, disebabkan oleh orang-orang Melayu sendiri yang memegang sikap yang menghalang kemajuan. Orang-orang Melayu dikatakan tidak menyokong perusahaan bangsa sendiri.

Dalam sebuah rencana pengarang Majlis bertajuk "Seruan Kita: Hidupkanlah Perusahaan Bangsa Kita," Abdul Rahim Kajai menulis mengenai satu surat seruan yang menyeru orang Melayu menyokong perusahaan bangsa sendiri, tetapi surat seruan itu dicitak oleh percitakan bukan Melayu. Abdul Rahim Kajai mensifatkan perbuatan ini sebagai 'kasih bangsa pada lidah saja'.10 Dalam bidang pertanian pula, petani-petani Melayu dikatakan sebagai selalu bergantung pada 'doa pak lebai dan. tawar-tawar jampi dukun-dukun dengan kemenyan yang dibakar ditengah sawah menghalau penyakit' walau pun pegawai pertanian bersedia

9 Majlis, 5hb. Februari, 1934.
10 Majlis, 5hb. Januari, 1933.

memberi nasihat percuma.11 Dalam sebuah rencana pengarang Majlis bertajuk, "Apa Yang Menentang Kemajuan Melayu", Abdul Rahim Kajai menyalahkan pemimpin-pemimpin Melayu seperti penghulu yang dikatakan 'memegang hulu adat' dan menghalang usaha-usaha yang dijalankan untuk memajukan ekonomi orang-orang Melayu. Umpamanya syarikat kerjasama dikatakan sebagai kumpulan 'menderhaka dan melawan adat raja'. Perbuatan menjimat belanja kahwin dan perbelanjaan hariraya dikatakan melanggar 'ugama dan adat negeri!'12

Untuk mengatasi masalah kemunduran ekonomi orang-orang Melayu pada masa itu, melalui rencana pengarang Majlų, Abdul Rahim Kajai selalu menyeru kerajaan kolonial Inggeris di Tanah Melayu supaya memberi perlindungan kepada perusahaan-perusahaan Melayu dengan mengadakan peraturan-peraturan dan
undang-undang di samping menyekat kemasukan kaum-kaum asing.13 Orang-orang Melayu pula diseru supaya menyokong perusahaan bangsa sendiri kerana dengan berbuat demikian bukan sahaja perusahaan itu akan berkembang tetapi juga akan menggalakkan pertumbuhan perusahaan Melayu lain. Di samping itu juga perusahaan yang maju itu akan menjadi bengkel melatih orang-orang Melayu dalam sesuatu kemahiran tertentu.14 Bagi pemimpin-pemimpin Melayu beliau menyeru supaya mereka, 'memerhati serta rnencari jalan menggalakkan sebab-sebab yang akan mendatangkan porak-poranda pada bangsa Melayu.'15

Dalam membicarakan kemajuan ekonomi Melayu, Abdul Rahim Kajai tidak lari daripada membicarakan perkara-perkara politik kerana kedua-duanya berhubung rapat antara satu sama lain. Tambahan pula semasa beliau memimpin Majlis, orang-orang Melayu bukan saja menerima kesan buruk dari keadaan meleset, tetapi juga merasa terancam dari segi politiknya kerana bertambah lantangnya tuntutan-tuntutan orang-orang Cina dan India meminta bahagian yang lebih besar dalam kerajaan dan pentadbiran di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Ini disertai pula dengan tindakan pemerintah Inggeris di Tanah Melayu melaksanakan dasar pengagihan (disentralisasi) untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan memudahkan pentadbiran. Kesedaran Abdul Rahim Kajai mengenai keselamatan ekonomi orang-orang Melayu dapat dikatakan sebagai pendorong baginya menulis mengenai politik dan seterusnya melibatkan diri dalam politik dengan secara bersungguh-sungguh.16 Bagi Abdul Rahim

11 Majlis, 19hb. April, 1934.
12 Ibid.
Í3 Abdul Rahim Kajai, melalui rencana pengarang Majlis bertarikh 2hb. Januari, 1933
telah menyokong langkah kerajaan kolonial Inggeris menguatkuasakan undang-undang
pendaftaran bangsa dagang.
14 Abdul Rahim Kajai memberi contoh perusahaan dobi. Kemajuan perusahaan ini
akan menggalakkan pertumbuhan perusahaan sabun dan minyak kelapa. Sementara kedai
dobi itu dapat dianggap sebagai bengkel atau sekolah dobi. Lihat Májlis, 5hb, January,
1933.
15 Majlis, 19hb. April, 1934.
16 Abdul Rahim Kajai pernah menjadi anggota jawatankuasa Kesatuan Melayu Si-
ngapura, ahli Persekutuan Melayu Pahang, dan penggerak yang. penting dibelakang. pe-
nubuhan Persekutuan Melayu Selangor sehingga oersekutuan itu didaftarkan. Lihat Ali
Haji Ahmad, op cit., hai. 170.

Kajai, politik Melayu bermakna politik menentang kaum-kaum mendatang terutamanya Cina dan India. Kedatangan kaum-kaum asing ini menggugat kedudukan ekonomi dan politik orang-orang Melayu terutamanya dalam tahun-tahun 1930an apabila suara-suara menuntut hak yang sama dengan orang-orang Melayu semakin lantang diperdengarkan oleh pemimpin-pemimpin kaum Cina dan India. Tuntutan-tuntutan mengenai penyertaan di dalam Majlis Negeri-Negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu ini membimbangkan Abdul Rahim Kajai yang menyedari tentang 'haloba mereka itu kepada secebis hak anak negeri yang terasing yang cuma secebis itu rasanya yang tertinggal jika hak anak negeri
itu dikatakan ada lagi'.17

Abdul Rahim Kajai mempertahankan politik Melayu di Tanah Melayu dan menolak hak kaum-kaum mendatang ke atas negeri ini. Behau sering menyoal apakah hak mereka itu di Tanah Melayu. Dalam sebuah rencana pengarang Majlis bertajuk "Betulkah Bangsa Malayan Bernegerikan Tanah Melayu" Abdul
Rahim Kajai menulis,

"Jika itik berkehendakkan hak ayam, hendaklah mereka keluar dari air naiklah ke darat makan mematuk jangan menyudu lagi, ikutlah adat resam ayam hingga sampai boleh berkokok seperti ayam sudah itu tentu saja tidak ada halangan bagi ayam mengaku yang itik dalam air makan menyudu jauh panggang dari api."18
Dengan itu kita merasa yakin bahawa Abdul Rahim Kajai mahu mengekalkan politik Melayu di Tanah Melayu. Untuk tidak menjejas identiti dan keunggulanpolitik Melayu itu, mengikut pendapat Abdul Rahim Kajai, tidak ada jalan lain bagi kaum-kaum mendatang selain daripada menjadi 'Melayu' sekiranya mereka
mahukan hak politik di Tanah Melayu. Sikap Abdul Rahim Kajai terhadap kaum-kaum mendatang dijalankan dalam bentuk gelaran-gelaran dan rangkaikata-rangkaikata yang kerap digunakan di dalam tulisan-tulisannya. Umpamanya, rangkaikata seperti 'nana-nana keling yang hitam legam', 'pedagang sebagai penyamun' dan 'datang dengan sebuah bantal dan secebis cawat' bagi merujuk pada orang-orang Cina dan India.19 Gelaran-gelaran dan rangkaikata-rangkaikata itu, disamping dapat mengasingkan kaum-kaum mendatang dari orang-orang Melayu, akan menimbulkan kesedaran di kalangan orang-orang Melayu untuk bersatu. Walau pun Abdul Rahim Kajai menyalahkan kaum-kaum mendatang sebagai pihak yang menyebabkan kemun-
duran ekonomi dan politik Melayu, tetapi tidak kurang pula behau menegur orang-orang Melayu supaya mereka bersatu-padu. Dalam sebuah rencana pengarang bertajuk, "Berkaum Tua dan Berkaum Muda" behau menghuraikankesan buruk perselisihan itu yang dikatakannya sebagai merugikan orang-orang Melayu. Ekoran dari perselisihan itu katanya,

17 Majlis, 31hb. Disember, 1934.
18 Majlis, 18hb. Januari, 1934.
19 Majlis, lhb. Januari, 1933.
Sikap begitu juga ditunjukkan terhadap orang-orang Islam yang bukan Melayu,
Abdul Rahim Kajai mencipta gelaran 'DKA' (Darah Keturunan Arab) dan 'DKK' (Darah
Keturunan Keling).

" sudah membawa nasib kita semakin buruk, pergaulan rosak, harta pun hanyut, kasih sayang sudah jadi tcrbang melayang. Saudara dengan saudara bertegang dan anak dengan bapa renggang sohingga tidak disadari kita telah merosakkan jiwa bangsa kita sendiri Rasanya sudah wajib bagi kaum kita membuang asal sebab memperenggangkan kita antara satu sama lain."20
Dengan itu Abdul Rahim Kajai telah mendedahkan unsur-unsur perpecahandalam masyarakat Melayu kesan dari perselisihan faham Kaum Tua dan Kaum Muda dan untuk mengembalikan perpaduan unsur-unsur perpecahan ini harus disingkirkan. Selain dari itu, untuk kepentingan orang-orang Melayu, Abdul Rahim
Kajai telah menulis, melalui rencana pengarang Majlis perkara-perkara yang menyentuh hal-hal ugama, bahasa dan pelajaran. Diantaranya terdapat di bawah tajuk-tajuk seperti "Kumpulan Terjemah Menterjemah",21 "Pelajaran Ugama Sekolah-Sekolah Melayu Selangor",22 "Pelajaran Ugama Kristian Maju Ugama Islam Tidak",23 "Mengislamkan Sakai",24 "Kaum Manusia Kuat Mempertahankan Bahasa",25 dan sebagainya. Walaupun tulisan-tulisan ini mengenai bahasa, ugama dan pelajaran, tetapi dengan mengupas perkara-perkara tersebut akan dapat membantu memajukan orang-orang Melayu dan mempercepatkan proses menguatkan perpaduan orang-orang Melayu untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan politik orang-orang Melayu.

Majlis di bawah pimpinan Abdul Rahim Kajai telah menjalankan peranannya sesuai sebagai sebuah 'akbbar kebangsaan' dan semangat cogankata yang dijunjungnya iaitu 'Perkhabaran, Persatuan, Fikiran, Perniagaan Melayu'. Ismail Hussain menulis Majlis sebagai akhbar Melayu yang pertama membincangkan perkara-perkara politik dan hak negeri anak Melayu lebih banyak dan lebih lúas dari akhbar-akhbar yang lain pada masa itu.26 Sementara itu sebagai Ketua Pengarangnya, Abdul Rahim Kajai, melalui mangan rencana pengarang, berusaha mempertahankan hak-hak politik orang-orang Melayu dan memperbaiki kedudukan ekonomi orang-orang Melayu. Keunggulan politik Melayu dan kemajuan ekonomi Melaj'u terus ditulis oleh Abdul Rahim Kajai selepas behau berhenti dari Majlis.

20 Majlis, 27hb. Ogos, 1934.
21 Majlis, 25hb Ogos, 1932.
22 Majlis, 21hb. Januari, 1934.
23 Majlis, 22hb. Februari, 1934.
24 Majlis, 14hb. Mei, 1934.
25 Majlis, 16hb. Juki, 1934.
26 Ismail Hussain, op cit., hai. 590

** Dipetik dari sumber (Klik Di Sini)

Diulang kembali ke laman ini atas dasar ilmu oleh: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top