ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Pendeta Za'ba: Tentang Kebergantungan Diri Kepada Sedekah Tahlil dan Qul Hua'llah

Sebaiknya kita baca berkali-kali kekata pejuang bergelar pendita ini:

"Tiaptiap orang diwajibkan beramal dan beribadat dengan usaha dan tenaganya - tidak pernah disuruh ia mengira dirinya itu mesti bergantung kepada doa orang sahaja atau kepada fidyah penebus yang dibuatkan orang sahaja bagi mendapatkan kejayaan dan keselamatannya di akhirat kelak! Tuhan tiada pernah menyuruh kita mesti berharap kepada sedekah tahlil dan bacaan-bacaan Qul Hua'llah dari orang apabila mati kelak!!..."

Pendeta Za'ba



** Seluruh umat manusia di dunia mahukan yang terbaik. Apa yang terbaik? Pastinya sesuatu yang terbaik buat diri mereka sendiri, agamanya, pada keluarga, para tetangganya, bangsanya dan juga tanahairnya. Tidak ada satu pun di antara kita mahukan sesuatu yang buruk, yang merosak diri sendiri (melainkan itu semua terjadi atas celakanya tangan sendiri). Persoalan amal bukan di tangan kita ketentuannya, itu urusan Allah (Jadi tak perlulah diribut-ributkan sangat. Sekadar memperingatkan diri bahawa nafas ini bakal terhenti, itu sudah memadai.). Tiba-tiba teringat bab kembali kepada niat. Apakah benar niat kita hendak menuju ke arah yang bersih? Atau sebenarnya kita telahpun keracunan asbab niat jahat yang asyik mundar-mandir mengunjungi kita saban hari, memujuk agar kita mengikuti kehendaknya? Eh, 'nya' itu siapa? Itulah syaitan, kawan...

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top