ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Nyanyian Sedih (Puisi Fatimah Az-Zahra, Puteri Rasulullah SAW)

Tidak menghairankan sesiapapun
yang mencium semerbak mewangi pusara
    Muhammad
nescaya tidak lagi berbau air wangi
takdir menyakiti diriku dengan kehilangan
penuh kesedihan dan kegelapan
jika kegelapan berlaku di siang hari

                Fatimah Az-Zahra, Puteri Rasulullah SAW

** Dalam sastera (kononnya), aku dicopmohorkan (juga kononnya) sebagai penganut aliran surealisme (eh, semacam panutan agama pula bunyinya) kerana asyik benar membayangkan sesuatu yang berada di luar kotak fikiran (padahal tidak ada pun di luarnya, masih lagi berlegar di tempat yang sama); dan kadang diistilahkan sebagai gila kepada benda yang tampak terlalu abstrak. Tak mengapalah, sememangnya kita ini lahir ke dunia dalam keadaan yang terlalu abstrak dan sukar untuk dimengertikan, sebagaimana seorang pemikir matematika menerangkan tentang teori atom yang membuat orang lain terpana dan secara automatik menggelengkan kepala, kata mereka, GILA! Ah, biarlah, kefahaman kita tentang sesuatu perkara berbeza-beza. Apa yang penting hanya satu, sebarang percanggahan atau pebezaan pendapat itu sebenarnya adalah satu rahmat. Untuk apa? Mudah, bagi membuka minda untuk terus berfikir. Mengapa tidak dibuka sahaja bab lain yang lebih menarik dari sekadar imaginasi? Kerana bukan mudah untuk membuka sesuatu tanpa lahir minat yang mendalam. Eh, bukankah minat itu bisa disuburkan dengan pemerhatian? Ya, aku tahu, tapi ia tetap berbeza dengan alur pemikiran yang hadir secara semulajadi tanpa perlu dipaksa-paksa proses penyalurannya. Jadi apakah benar karya di atas milik puteri baginda Nabi SAW? Ya, memang dialah yang menitipnya di pusara Nabi SAW yang berbau wangi semerbak. Eh, puteri Nabi menulis dengan bahasa Melayu? Tidak, ia sebenarnya hasil terjemahan. Siapa penterjemahnya? Suhaimi Haji Muhammad! Inilah hasil terjemahannya...

~ A.A

1 comments :

missieza207 said...

sering saja digonggongkan dengan teori-teori sastera, surealisme bagai, satu pun belum mampu ku hadam maksudnya. boleh terangkan?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top