ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

MAS Pinggirkan Bahasa Melayu? (Oleh: Mazidul Akmal Sidik)

Aku rasa inilah artikel terbaik untuk hari ini. Aku mengangkatnya kerana ia berkait dengan penggunaan bahasa kebangsaan (bahasa Melayu). Ikuti penerbangan saudara Mazidul Akmal Sidik bersama syarikat penerbangan kita (MAS).

Bermulanya kisah...

Sewaktu menaiki pesawat Malaysia Airlines, MH 1058 dari Johor Bahru, Johor ke KLIA, pada jam 6.40 petang tadi, tercetus persoalan di benak fikiran saya.

Pesawat Boeing 737 siri 400 terbabit mempunyai kapasiti maksimum 144 penumpang. Dari pengamatan saya, hanya 7 penumpang warganegara asing selebihnya warga Malaysia.

Menghairankan, pengumuman keselamatan dibuat di dalam bahasa Inggeris. Pada masa sama, saya membelek maklumat bercetak disediakan berhubung intipati pengumuman sama.



Perhatikan secara lebih teliti.


Maklumat berbahasa Inggeris dicetak mendahului bahasa Melayu, bahasa kebangsaan seperti tercatat dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Mengapa bahasa Inggeris diutamakan? Hanya untuk memenuhi kefahaman penumpang rakyat asing menggunakan perkhidmatan sama?

Biarpun perkara rutin, pengumuman keselamatan penting difahami setiap penumpang. Malaysia Airlines tidak sepatutnya menganggap semua pelanggan memahami bahasa Inggeris.

Bagi mendapatkan penjelasan, saya memanggil pramugara bertugas.

"Mengapa safety announcement diumum menggunakan bahasa Inggeris sedangkan ini penerbangan domestik?," soal saya.

"Itu bergantung kepada penyelia (untuk memilih penggunaan bahasa)," balasnya.

Jika benar kenyataannya, penyelia anak kapal, ketua pramugara atau pramugari mempunyai pilihan penggunaan bahasa. Mengapa harus berbahasa Inggeris?

Berkebetulan saya duduk di tempat duduk 11E, barisan kerusi berhampiran pintu kecemasan. Pramugari bertugas kemudian menerangkan, jika berlaku kecemasan, anak kapal memerlukan penumpang duduk di lokasi terbabit untuk membuka pintu pesawat. Pengumuman itu juga dibuat dalam bahasa Inggeris.

Nama syarikat, Malaysia Airlines, mengapa mengagungkan bahasa Inggeris berbanding bahasa kebangsaan?



Artikel Asal: Malaysian Airlines Pinggirkan Bahasa Melayu?

** Kredit buat sdr Mazidul, entri ini layak untuk dinobat sebagai entri terbaik di sepanjang hari (di laman ini sahaja).

Tukang canang si tukang palu genderang perang: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top